SharpShooter Followers

Sunday, December 22, 2013

Abby Abadi turut bersama Jingga 13 membuat bantahan kenaikan harga barang

Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan oleh Jingga 13 Malaysia.

Bantahan tersebut turut dihadiri Abby Abadi bekas pelakon Gerak Khas bagi membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan  rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.