SharpShooter Followers


Friday, December 13, 2013

Hasil negeri bertambah sebab jual tanah fitnah BN - Guan Eng



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, RM96 juta daripada RM206 juta tambahan pendapatan Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 adalah hasil daripada lanjutan pajakan tanah pada 99 tahun.

Penjelasan itu sekaligus menjawab fitnah pembangkang Pulau Pinang kononnya tambahan pendapatan Kerajaan Negeri bagi tahun lepas adalah daripada penjualan tanah dengan mengguna pakai prosedur perakaunan untuk mencantikkan lembaran kewangan.

" Ini adalah satu fitnah jahat kerana Datuk Pegawai Kewangan Negeri dan Jabatan Kewangan Negeri (JKN) tidak pernah terlibat dalam perakaunan kreatif yang mencantikkan akaun.

"Malah, akaun diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara," ujar Guan Eng pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town, pagi tadi.

Daripada tambahan RM206 juta itu, katanya, RM110 juta adalah hasil penjualan tanah Bayan Mutiara, sedangkan, baki RM96 juta adalah daripada lanjutan pajakan tanah pada 99 tahun.

"RM110 juta itu adalah 10 peratus daripada bayaran RM1.1 bilion untuk 105 ekar tanah di Bayan Mutiara yang dibayar sepenuhnya dalam masa lima tahun," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan & Warisan dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam.

Guan Eng turut mendedahkan bukti BN jual tanah 36 kali ganda tapi hasil sedikit dalam sidang dewan.‎