SharpShooter Followers

Wednesday, September 30, 2009

NAZA - Raya Charity Ride 2009


NAZA TALYYA Hotels mengadakan program "RAYA CHARITY RIDE 2009" dalam usaha mempromosikan penjenamaan semula hotel NAZA.

Mereka mengadakan konvoi amal ini dengan menyumbang kepada 40 orang anak yatim di Penanti, 40 orang di Tg Berembang, Sg Acheh dan 30 orang anak yatim di Sekolah Agama Darul Tahzib Teluk Kumbar.

Selain NAZA, PENNZOIL juga turut menyumbang untuk anak-anak yatim ini. Anak-anak yatim ini menerima sumbangan duit raya RM50 setiap orang.

Anak-anak yatim juga diberi peluang menaiki motor berkuasa tinggi mengelilingi kampong.

Semoga Allah memberkati usaha anda dan menjadi contoh kepada yang lain. Terimakasih kepada En Johari Mohd Yusof yang telah memilih P.Pinang sebagai destinasi pertama "Charity Ride" ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, September 29, 2009

Jamuan Rumah Terbuka TKM 1 P. Pinang


Polis yang bertugas.

2 orang blogger kesayangan Dato' Seri Zahrain...
Zul MAMAK Kasi Pecah la...dan Hijat Panjang..Hentam sajalah labu...

TKM 1 mesra rakyat...Roti Canai..tak menang TANGAN..
tapi KAKI menang tak?...he..he..

Berapa agaknya duit raya kanak-kanak ni dapat....

Salah seorang dalam gambar ini bakal menantu Kak Wan...

Orang lama dalam Keadilan....aktif sejak 98...
Mereka tak kejar pangkat dan gelaran pun...
Tapi golongan reformis ini, adakalanya makin terpinggir...

Macam tiga ABDUL....

Beratur panjang nak ambik duit raya dari Kak Wan

Gambar kiri...YB terbaru...Ustaz Salleh Man...
Gambar tengah tu...Dato' Seri terbaru...
Gambar kanan...Mungkin PM terbaru..InsyaAllah..


Gambar kanan... 'raja' di belakang tabir TKM 1 P.Pinang...
sebab namanya Amirul...he..he..

Hampir 6 ribu rakyat hadir....

Anwar dalam pelukan TYT P. Pinang...


Gambar kanan...Ahli Majlis MPSP terbaru...En Farid


Kak Wan... pengguna setia Minyak Kelapa Dara Bio Asli...
Produk Bio Asli bertaraf dunia..
Anwar dalam pelukan Guan Eng pula...
Geng Anti Al-Juburi nanti kata..."sah Anwar gay"...
Dari kiri...YB Halim Speaker, YB Ong Chin Wen, YB Law Choo Kiang,
YB Sim, YB Chow dan YB Hj Malik Kassim...
Dan Video di bawah ini ucapan khas Aidilfitri YB Jason Ong...
Adakah pakaian dan ucapannya macam ini...
yang dikatakan menghina Islam oleh UMNO...




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, September 28, 2009

Majlis Jamuan Aidilfitri Kadun Bukit Tengah & JKKK


Dengan segala hormatnya Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri Kadun Bukit Tengah dan JKKK pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009, jam 12:30 - 4:00 petang bertempat di Pasti Al-Badri Kg Sekolah Juru.

Saya juga memohon jasa baik blogger-blogger agar dapat mewar-warkan Majlis Jamuan Aidilfitri ini di blog atau laman web anda.

Semuanya dijemput hadir....

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, September 25, 2009

Kutip tandatangan selamatkan Tg Tokong

Penduduk Kampung Tanjong Tokong mahu Najib terlibat secara langsung dengan isu perobohan kampung mereka bagi mendirikan Flat dan kondominium di kawasan tersebut.

Menurut penduduk , mereka mahukan Najib terlibat kerana merasakan bahawa mereka adalah penduduk asal kampung tersebut sejak 300 tahun dulu lagi.


Pada Ahad ini , satu masjlis pelancaran bagi mengutip tandatangan penduduk dan juga beberapa NGo's di Penang dan juga tokoh akademik dari USM bagi mengadakan satu kempen menyelamatkan kampung Tanjong Tokong.

"Kita mahu Najib terlibat secara langsung kerana ini adalah permasalahan Melayu. Di sinilah di mana sejarah awal penempatan kaum Melayu di Pulau Pinang bermula.

Semua Perdana Menteri yang lepas tidak pernah cuba untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung ini menyelesaikan masalah mereka " demikian jelas Mohd Salleh atau Cikgu Mohd salleh yang juga merupakan bekas seorang pensyarah dan juga pengerusi bagi penduduk kampung Tanjong Tokong

Sama seperti apa yang berlaku di Kampung buah Pala, peduduk merasakan mereka di ketepikan sebagai penduduk asal kampung yang mempunyai geran tanah dan tanggungjawab sosial oleh pihak pemaju iaitu UDA.



Menurut Mohd Salleh , UDA telah memberikan perjanjian selama 99 tahun sejak 1974 dengan syarat bahawa jika sebarang pembangunan yang dilakukan, ianya bukanlah bersifat untuk mengaut keuntungan tetapi adalah bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan penduduk bagi membantu mereka.

"Penduduk kampung ini rasa tertipu kerana , pihak UDA dan kerajaan persekutuan gagal untuk menunaikan keperluan penduduk tempatan. Malah, kita mahu ianya di perjelaskan lagi kerana ianya di bawah GLC dan tanah pula di bawah kerajaan pusat"

Mereka juga menuntut:

1. Kerajaan Najib harus terlibat dengan isu ini secara langsung dan mahu ianya di susun semula pembanggunan dalam rangka rancangan Malaysia ke sembilan dan kesepuluh.

2. UDA hendaklah di singkirkan dari mengadakan pembangunan di kawasan tersebut
3. Melantik sebuah syarikat yang harus mengadakan satu sistem pengstrukturan semula tetapi haruslah memenuhi tanggungjawab sosial ke atas penduduk.

4. Lebihan 1000 ekar lagi yang terletak di kawasan yang dimajukan itu hendaklah diberikan kepada penduduk untuk tujuan pembangunan yang lebih menguntungkan masyarakat setempat.

Pada 5 mac lalu sejak Datuk Jaafar Abu Hassan (pengarah UDA) melakukan lawatan ke kampung tersebut, 40 dari 60 buah rumah telah dirobohkan dan penduduk telah dipindahkan ke kawasan penempatan sementara UDA , manakala 20 buah rumah lagi akan dirobohkan pada oktober ni sebagaimana yang diberitahu.

Buat masa ini ada 1,026 keluarga yang tinggal di 260 buah rumah kampung .UDA telah mengeluarkan lesen penduduk tanah sementara (TOL) di mana mereka akan di berikan rumah flat seluas 800-850 kakipersegi.

Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah ada sesetengah penduduk yang menerima tawaran dari pihak UDA di mana menerima syarat UDA dan menentang persatuan penduduk Tanjong Tokong. Kumpulan yang bangang ini yang menamakan diri mereka sebagai SUARA PENDUDUK TANJONG TOKONG ini telah menerima tawaran sebanyak RM 5000.

Apabila ditanya tentang isu ini , Mohd salleh menjelaskan bawa penduduk tersebut hanya mahukan sedikit wang dan menerima cadangan yang diberikan UDA tanpa memikirkan betapa pentingnya tanah tersebut kepada penduduk Tanjong Tokong.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bukan salah saya - Guan Eng

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) seharusnya tahu siapa yang perlu dirujuk dalam perkara berkaitan dengan laporan angka yang salah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata angka trafik kontena yang dipetiknya dalam kenyataan akhbar pada Selasa adalah mengikut laporan pada Julai, memetik penasihat khas maritim Kementerian Pengangkutan Datuk Kapten Abdul Rahim Abd Aziz.

"Jika PPSB tidak berpuas hati dengan angka itu, saya rasa mereka perlu membangkitkan perkara tersebut dengan Abdul Rahim kerana beliau merupakan orang yang menyediakan laporan tersebut dan ia tidak pernah dibetulkan secara terbuka olehnya," kata beliau kepada pemberita hari ini.

Guan Eng berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada laporan hari ini yang memetik Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar bahawa pengendali Pelabuhan Pulau Pinang itu tidak pernah mengalami kerugian terutamanya dalam kuantiti trafik kontena, bercanggah dengan kenyataan Guan Eng.

Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa dan kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada laporan salah semasa memetik angka trafik kontena dalam kenyataan akhbarnya, Guan Eng berkata:

"Tidak, saya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan.

"Angka itu tidak pernah dibetulkan oleh Abdul Rahim secara terbuka sehingga hari ini. Jika ada yang salah dalam laporan itu, orang yang berkaitan perlu bertanggungjawab membetulkannya.

"Jika beliau (Abdul Rahim) tidak membuat sebarang penjelasan, ia tidak membawa apa-apa kesan kerana beliau adalah pengawal atur daripada Kementerian Pengangkutan," katanya.

Bagaimanapun, selepas kenyataan itu muncul dalam akhbar, Abdul Rahim menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng untuk menjelaskan mengenai angka tersebut.

"Abdul Rahim mengakui dalam SMS itu bahawa angka tersebut salah," katanya sambil menambah, pada masa itu kenyataannya telahpun dikeluarkan kepada media.
Guan Eng, dalam kenyataannya, menyatakan Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kejatuhan 24 peratus dalam kuantiti trafik kontena pada suku kedua tahun ini tetapi Ahmad menjelaskan semalam bahawa PSSB mencatatkan kenaikan 13 peratus TEU (unit bersamaan 20 kaki) daripada 199,391 kepada 225,322 dalam suku kedua.

Ketua Menteri juga berkata kerajaan negeri dan orang ramai mahu mengetahui status projek menaik taraf Jeti Swettenham.

Beliau berkata terdahulu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) berjanji projek itu akan siap bulan ini.

"Kami mahu tahu sama ada projek itu akan siap tepat pada masa atau jika ada sebarang kelewatan, PPC perlu menjelaskan mengapa projek itu terlewat sekali lagi," katanya

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Guan Eng salah - Datuk Ahmad Ibnihajar

Pelabuhan Pulau Pinang tidak pernah mencatatkan kerugian terutamanya dalam trafik kontena, kata pengarah urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar.

Keseluruhannya PPSB meraih keuntungan dalam tempoh sedekad ini walaupun operasi feri mengalami kerugian, katanya.

"Sejak saya mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang pada 1999, ia meraih keuntungan. Kami tidak pernah mengalami masalah dalam apa bentuk situasi," katanya kepada pemberita.
Beliau membalas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa pelabuhan itu mencatatkan kejatuhan trafik kontena 24 peratus pada suku kedua tahun ini.

Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa. Kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB, katanya.

Beliau berkata PPSB berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah pengendalian kontena dengan mencatatkan 92,439 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada Ogos sahaja dan tidak pernah mengalami kerugian dalam suku kedua tahun ini seperti yang dilaporkan media semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Guan Eng, Ahmad berkata Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 13 peratus dalam TEU daripada 199,391 kepada 225,322 pada tempoh yang sama.

"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak Pelabuhan Pulau Pinang.

"Kami mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (PPU) kami sendiri dan kerajaan persekutuan akan menilai kami setiap tahun. Saya akan melepaskan jawatan saya sekiranya saya gagal untuk menunaikan tanggungjawab saya dengan cekap," katanya, sambil menambah pengendalian kontena dijangka mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam suku ketiga tahun ini.

"Meskipun mengalami kerugian dalam operasi feri tahun lepas, kami masih berjaya meraih RM23.13 juta dalam keseluruhan keuntungan tahun lepas.

"Jika kerajaan negeri serius untuk membantu kami, mereka harus menghubungi kami dan membuat perancangan untuk mengadakan perbincangan dan bukan sebaliknya menyiarkan publisiti buruk bagi PPSB dengan angka yang salah," katanya.
Meskipun kelembapan ekonomi global, jumlah kendalian kontena tahun ini dijangka menyamai kuantiti tahun lepas pada 929,639 TEU, katanya.

Guan Eng dalam kenyatannya pada Selasa berkata rekod Jabatan Marin menunjukkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini mengendalikan 10 peratus lebih banyak kontena dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, mencerminkan pemulihan dalam bahagian kargo domestik dan kargo pindah kapal.

Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat kepada 3.79 juta TEU daripada 3.44 juta pada tempoh tersebut manakala kuantiti di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, kurang berbanding Pelabuhan Johor, pada suku pertama, katanya.

Guan Eng juga meminta kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada Pelabuhan Pulau Pinang dengan menyuntik dana bagi membantu menyelamatkan pelabuhan itu dan memastikan ia terus beroperasi

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, September 24, 2009

Gila Pangkat

Kegelisahan yang disuarakan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai gejala pembelian gelaran seharusnya diberi perhatian serius. Ia perlu ditangani segera.

Seperti kata Rais, kegiatan pembelian gelaran sosial itu jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi “ilmuwan palsu”.

Berdasarkan situasi semasa di mana ramai yang tiba-tiba bergelar “doctor falsafah”, dakwaan Rais itu sudah pasti berasas. Paling penting, beliau pastinya tidak akan mengeluarkan sesuatu dakwaan tanpa bukti.

Maka, gejala "PhD ekspres" seperti yang digelar Rais itu perlu disekat. Jangan biar ia menjadi “budaya”.

Bayangkan jika negara ini dilimpahi dengan mereka yang bergelar “Dr” tetapi sebenarnya hanya mempunyai ijazah doktor falsafah palsu. Gelaran itu diperoleh tanpa perlu bersusah-payah belajar. Bagi golongan ini, etika dan kredibiliti bukan lagi menjadi keutamaan.

Namun sekiranya gejala ini "terdedah dan terbongkar", bayangkan apa yang bakal berlaku pada kredibiliti golongan ilmuwan secara keseluruhan.

Malang bagi mereka yang benar-benar memperoleh PhD menerusi laluan yang betul. Sudah pasti sedikit-sebanyak kredibiliti mereka akan dipersoalkan. Tentu mereka juga akan menerima “bahangnya”. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kita memang tabik pada pemimpin atau individu yang sanggup bersengkang mata belajar dan membuat tesis untuk memperoleh ijazah yang membawa gelaran itu. Bukan mudah untuk memperoleh PhD. Ada yang terpaksa menghabiskan masa bertahun tahun untuk mendapatkannya.

Kesan gejala pembelian PhD rasanya lebih teruk berbanding pembelian gelaran sosial yang membawa status Datuk.

Memang pembelian “Datuk” juga merupakan tindakan yang tidak beretika tetapi sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan soal ilmuwan. Ia tidak menjejaskan bidang pendidikan negara.

Tetapi daripada segi moral, kedua-dua gejala pembelian status “Datuk dan Dr” ini memang tidak boleh diterima langsung.

Ia perlu dikekang segera. Seperti kata Rais, kenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk menangani perkara ini.

Jabatan Peguam Negara mesti bertindak segera. Isytiharkan sahaja perbuatan mereka ini sebagai satu jenayah. Selepas itu, gunakan apa sahaja peruntukan yang ada untuk mengekangnya. Jangan biar ia menjadi barah yang boleh memalukan negara.

Kita tidak mahu negara dilimpahi oleh “doktor-doktor falsafah” palsu.

Begitu juga mereka yang bergelar “Datuk”. Biarlah hanya yang benar-benar terbukti berjasa kepada negara dan bangsa sahaja yang menerima gelaran berprestij itu.

Jangan biarkan gelaran Datuk menjadi seperti tiada nilai. Jangan sampai nanti semua yang kaya akan bergelar “Dr atau Datuk”.

Kalau di P.Pinang, Dato' Zahrain telah dianugarahkan pula gelaran Dato' Seri oleh TYT P.Pinang. Tindakan beliau sebenarnya menunjukkan sikap sebenar beliau yang mengejar pangkat dan masih berbudaya umno.

Sedangkan DAP pula, tidak seorang pun pimpinannya di P.Pinang yang menerima anugerah gelaran "Dato' " ini.

Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat harus mengutamakan rakyat dulu bukannya diri sendiri. Baru setahun perintah P.Pinang dah terhegeh-hegeh minta gelaran Dato' Seri pula. Tidakkah tindakan ini memalukan PKR?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pelabuhan P.Pinang merosot

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak menganaktirikan Pelabuhan Pulau Pinang.

Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas untuk memacu perkembangannya sebagai pelabuhan utama negara ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penurunan kontena sebanyak 24 peratus di pelabuhan tersebut. Guan Eng berkata penurunan ini adalah amaran kepada Kementerian Kewangan untuk segera menyuntik dana ke syarikat operasi pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

"Ini adalah suatu petunjuk kepada kerajaan Persekutuan untuk membantu Pelabuhan Pulau Pinang. Ketika pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia mencatatkan peningkatan, pelabuhan ini adalah satu-satunya pelabuhan mencatatkan penurunan," kata Guan Eng dalam suatu kenyataan hari ini.

Pulau Pinang dengan ini corot ke pelabuhan keempat tersibuk di negara dari nombor dua sebelum ini.

Guan Eng berkata laporan Jabatan Marin mendapati pelabuhan-pelabuhan di serata negara mencatatkan peningkatan kontena sebanyak 10 peratus pada suku kedua tahun ini. Kemasukan kontena di 10 pelabuhan utama negara meningkat kepada 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU.


Haruskah Guan Eng terus mengharapkan Kerajaan Pusat atau beliau harus mencontohi Singapura.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, September 23, 2009

Pesta Seks malam raya

RAUB: Ketika umat Islam bertakbir dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, sekumpulan warga Bangladesh mencemari kemuliaan Syawal dengan menganjurkan pesta seks di sebuah rumah kongsi, di Felda Krau 4 dekat sini, pada malam Ahad dan Isnin lalu.

Pesta maksiat membabitkan 19 warga Bangladesh itu dikesan pada malam Isnin lalu apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub menyerbu rumah kongsi itu pada jam 2.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Selain warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang kebanyakannya pekerja ladang, polis menahan tiga wanita tempatan, termasuk seorang berusia 17 tahun dipercayai pelacur.

Seorang lelaki rakyat tempatan berusia 56 tahun, dipercayai bapa ayam turut ditahan tidak jauh dari premis berkenaan.

Polis turut menemui beberapa kondom terpakai dan yang belum digunakan bersepah atas lantai rumah kongsi itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 17 hingga 43 tahun berada di rumah kongsi itu sejak malam Ahad untuk melayan nafsu warga Bangladesh terbabit.


"Gadis berusia 17 tahun yang juga penduduk tempatan sudah berhenti sekolah dan dipercayai mempunyai masalah keluarga," katanya

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Adakah Pakatan Rakyat di landasan yang betul?

PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.

Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.

BN juga boleh tumbang jika pergerakan perubahan ini tidak berhenti, sampai ia turut menggusarkan Tun Dr. Mahathir.

Tetapi bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, BN yang rapuh tetap tidak tumbang jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan betul dan tidak berkemampuan.

Tuan Ibrahim memperkatakan tentang ini bila mengulas akan kecenderungan rakyat mutakhir ini yang seringkali menolak kehadiran BN dalam siri-siri pilihanraya kecil pasca PRU12, yang terbaru di Permatang Pasir.

Perubahan kecenderungan rakyat ini juga dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Bagi Tuan Ibrahim, keghairahan rakyat dalam berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.

Tambah Tuan Ibrahim, rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya.

Umno pula mereput dari akarnya, iaitu dari negeri-negeri, perhatikan kebelakangan ini, masalah kepimpinan yang berpanjangan bermula dari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno seperti Terengganu dan Perlis.

Semua yang berlaku ini, ujar Tuan Ibrahim seakan menghantar isyarat kepada ahli dan penyokong BN agar meninggalkan parti yang sedang berada di ambang keruntuhan itu.

Namun, ini tegas Tuan Ibrahim tidak bermakna jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan yang betul dalam menuju ke PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mesti ada keupayaan untuk memimpin dan memerintah.

Rakyat dalam keghairahan mereka mahu berubah, tetap akan melihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah sepatutnya diuruskan secara hemah dan cermat.

Tuan Ibrahim mengusulkan supaya isu yang pelbagai jangan dilayan secara sama. Isu sensitif seperti pemindahan kuil dan perarakan kepala lembu tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kerana ia mampu menjemput sekali hati dan perasaan yang tidak terkawal, lebih teruk dari itu ia menjadi medan pencetus provokasi bagi diangkat sebagai bahan berita untuk dibekalkan kepada media-media arus perdana.

Dalam isu yang sama, Tuan Ibrahim bersetuju dengan keputusan menangguhkan sementara keputusan memindahkan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam itu.

Beliau risau, demonstrasi kepala lembu yang begitu sensitif dan menghina yang berlangsung secara haram tanpa gangguan dari FRU itu, seperti membenarkan telahan sesetengah orang bahawa wujudnya agenda besar di belakang para demonstran ini, iaitu mencipta suasana yang tidak tenteram di Selangor, yang akhirnya mewajarkan satu perintah darurat diisytiharkan di negeri itu.

Tuan Ibrahim berpesan agar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor mengambil sejarah lampau di Kelantan sebagai iktibar.

Tuan Ibrahim juga dalam ulasannya mencadangkan supaya kelak dalam menghadapi isu-isu sensitif sebegini, jangan terlalu cepat melibatkan kepimpinan tertinggi negeri, kerana ia akan menyempitkan ruang membuat keputusan terakhir.

Masalah-masalah yang bersifat daerah memadailah ditangani dengan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas, sekurang-kurangnya jika ia tidak selesai, ada lagi badan pembuat keputusan yang lebih tinggi yang boleh dirujuk.

Apapun, Tuan Ibrahim yakin, pengalamanlah ilmu paling berguna dan bermakna, yang tiada dalam kitab dan tidak diajar di mana-mana universiti.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keretapi Bukit Bendera buat hal lagi...


Ramai pelancong yang memulangkan semula tiket kereta api itu sebaik pengumuman dibuat oleh pejabat operasi Keretapi Bukit Bendera bahawa tren itu terkandas di stesen atas.

Kejadian itu merupakan yang kedua dalam tempoh dua hari selepas 500 pelancong terkandas di atas bukit berikutan masalah elektrik di bilik pemanduan enjin stesen atas yang menyebabkan perkhidmatan kereta api itu tergendala selama empat jam malam tadi.

Seorang guru, Mohd Idris Kamarudin, 39, dari Taiping, Perak yang bercuti bersama keluarganya sempena Hari Raya Aidilfitri merasa kecewa selepas perkhidmatan kereta api itu dihentikan kerana masalah teknikal.

"Lebih baik keluarga saya memulangkan tiket kereta api untuk pergi melancong ke tempat lain kerana insiden ini telah menjejaskan rancangan percutian kami," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, beliau telah banyak kali mendengar insiden yang serupa sebelum ini dan menegaskan hanya akan mengunjungi tempat tersebut selepas sistem kereta api itu selesai dinaik taraf.

Pelancong asing Wilson Steve, 45, dari Australia yang pertama kali melawat Pulau Pinang berkata beliau telah memulangkan tiket kereta api dan akan melawat Tokong Kek Lok Si yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

"Saya akan datang semula ke sini dalam beberapa hari lagi dan berharap masalah teknikal ini selesai pada masa itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap pejabat operasi Keretapi Bukit Bendera yang ditemui di stesen bawah berkata insiden malam tadi berjaya dipulihkan sementara dan ia berulang kembali pukul 8 pagi tetapi dapat diperbaiki 11.10 pagi.

"Insiden hari ini tidak dijangka dan terdapat 60 pelancong terkandas pagi ini sebelum kontraktor mengambil masa tiga jam untuk memulihkan kembali masalah elektrik di bilik pemanduan enjin di stesen atas," katanya.

Katanya enjin tren lama sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan jumlah perjalanan dari setengah jam kepada setiap 15 minit sempena cuti Hari Raya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, September 22, 2009

500 Pelancong terkandas di keretapi Bukit Bendera


PULAU PINANG 21 Sept — Kira-kira 500 pelancong terkandas di Bukit Bendera di sini selepas perkhidmatan kereta api ke pusat peranginan itu tergendala selama empat jam malam ini.

Kerosakan pada peralatan elektrik dalam bilik enjin di stesen atas menyebabkan perkhidmatan tergendala mulai pukul 6.44 petang hingga 10.45 malam ini.

Kebanyakan pelancong, yang mengambil kesempatan cuti perayaan Aidilfitri untuk mengunjungi pusat peranginan itu, terkandas di stesen atas dan terpaksa dibawa semula ke stesen bawah dengan kenderaan secara berperingkat.

Ramai daripada pelancong kecewa dengan pekerja dari Jabatan Kerja Raya yang hanya dapat membaiki kerosakan dan memulihkan perkhidmatan pada pukul 10.45 malam.

Setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang ditemui di stesen bawah, berkata kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan kereta api itu akan bermula 28 Okt ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Perkhidmatan akan berjalan seperti biasa pada enam bulan pertama tetapi akan diberhentikan pada enam bulan seterusnya bagi memudahkan kerja-kerja naiktaraf itu,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, September 19, 2009

Hulurkan sumbangan anda...

Exco Agama P.Pinang dan juga Adun Batu Maung YB Hj Malik Kassim telah menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan ibu-ibu tunggal bagi persiapan Aidilfitri. Saya telah diberi amanah untuk menyampaikannya. YB Hj Malik sedang mengerjakan Umrah.



Ibu tunggal Puan Zaiton ini mempunyai 5 orang anak dan seorang daripadanya adalah kanak-kanak istimewa (gambar di atas). Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 3 tahun yang lalu. Beliau terpaksa bekerja sebagai pencuci Flat Taman Janggus di Cherok To'kun Atas untuk menyara keluarganya. Pendapatannya cuma RM500 sahaja. Jika anda berniat membantunya bolehlah menghubungi beliau di talian 017 - 416 2648.


Ibu tunggal puan Azizah pula mempunyai 11 orang anak. Puan Azizah malu untuk bergambar. Cikgu Piza (berbaju kuning) merupakan guru kepada anaknya di Sekolah Kebangsaan Kebun Teh, Machang Bubuk turut hadir menemani saya untuk menghulurkan sumbangan. Puan Azizah hanya mengambil upah mengasuh 2 orang kanak-kanak untuk menyara anak-anaknya seramai 11 orang. Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu. Jika anda ingin membantunya, hubungi 017 - 499 1625


Manakala Puan Norlela pula adalah ibu tunggal kepada 8 orang anak. Beliau kehilangan suaminya setahun yang lalu akibat serangan jantung. Suaminya adalah ahli Jemaah Tabligh. Kak Lela tinggal di Cherok To'kun. Anda boleh hubungi beliau di talian 019 - 545 8294.

Adalah besar harapan saya sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan anda terus kepada mereka. Saya sedia membantu anda sekiranya anda perlukan. Semoga dengan sedikit bantuan anda, mudah-mudahan ia dapat meringankan bebanan mereka.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, September 17, 2009

ADUN PR SELANGOR TAK HILANG TETAPI UMNO DAH HILANG AKAL

Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Minggu lepas saya bersama Zulikifli Lazim ke Batu Cave bertemu dengan YB Amirudin. Cerita ini memang sah bukti umno dalam terdesak.

Yb Amirudin juga merupakan penyumbang tunggal YB Selangor yang menyumbang program bubur lambuk Unit Ehsan P.Pinang. Terimakasih diucapkan dan semoga Allah memberkati dan melindungi kita semua.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nostalgia P.Pinang

NOSTALGIA P.PINANG

PENGENALAN

Negeri Pulau Pinang yang terkenal sebagai Pulau Mutiara terletak di utara pantai barat semenanjung Malaysia.Negeri ini mempunyai kawasan yang meliputi keluasan seluas 285 kilometer persegi dan sepanjang 760 kilometer persegi di Tanah Besar yang dikenali sebagai Seberang Prai.

Kawasan Seberang Prai dihubungi dengan Jambatan Pulau Pinang dan per khidmatan feri selama 24 jam sehari. Populasi penduduk di negeri Pulau Pinang ini adalah adalah sebanyak lebih daripada 1 juta orang yang meliputipenduduk berbilang kaum yang maana kaum Melayu sebanyak 32%, Cina 59% dan India seramai 7%.

GEORGETOWN
Georgetown terletak dikawasan utara pulau dan ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri yang mempunyai pusat komersial yang besar di negeri ini.Bandar metropolitan ini menggabungkan koleksi bangunan-bangunan lama dari barat dan timur. Pulau Pinang kini merupakan salah satu pusat percutian yang menarik dan juga merupakan pusat persinggahan kapal-kapal perdagangan di pelabuhan Pulau Pinang.

SEJARAH PENUBUHAN PULAU PINANG

Pulau Pinang pada hari ini terkenal dengan kependudukan penjajah pada zaman dahulu di mana Pulau Pinang pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. Negara-negara penjajah ini berusaha untuk merebut dan menguasai kawasan rempah ratus di kepulauan Melayu. Sejarah penubuhan Pulau Pinang bermula pada tahun 1786 di mana Francis Light berjaya memujuk sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British.

Francis Light telah mendarat di bahagian Esplanade jika mengikut sejarah. Francis Light telah menggunakan wang emas bagi mengarahkan orang-orangnya membersihkan kawasan tersebut. Nama asal bagi negeri Pulau Pinang ialah Price of Wales Islanddan kemudiannya diubah kepada Georgetown sempena nama King George III.

Pada tahun 1963 Pulau Pinang telah dimasukkan di bawah negeri-negeri selat bersama Melaka dan Singapura. Pulau Pinang kemudiannya berkembang menjadi pusat perdagangan teh, rempah ratus dan pakaian. Pulau Pinang telah berada di bawah jajahan pihak British selama lebih daripada 100 tahun sehinggalah pada tahun 1957. Pulau Pinang mendapat kemerdekaan dengan bergabung di bawah kerajaan Malaya yang baru dan yang akhirnya ditukar kepadaMalaysia pada tahun 1963.

Sejarah tetap sejarah. P.Pinang terus berubah. Saya paparkan gambar-gambar lama P.Pinang untuk tatapan bersama. Sudah pasti orang lama P.Pinang lebih tahu tentang bagaimana kehidupan di waktu itu.


PENANG ROAD

JAM BESAR P.PINANG


PENGKALAN WELL QUAY

PENANG ROAD

BAS DUA TINGKAT

KERETAPI BUKIT BENDERA

FERI DULU-DULU

BALAI POLIS BUKIT BENDERA
PENANG FREE SCHOOL

PADANG KOTA LAMA

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, September 16, 2009

Penduduk Tg Tokong sedia pindah


Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan kesediaan untuk berpindah dari kawasan berkenaan sekiranya pemaju UDA Holding Berhad mengeluarkan surat perjanjian yang sah memberi pampasan sekiranya berpindah.

Bagi penduduk Fasa 4 kampung berkenaan, mereka sedia berpindah untuk ke rumah transit demi pembangunan di kawasan berkenaan namun UDA Holding Berhad terlebih dahulu perlu memberikan pampasan.

Wakil persatuan Suara Penduduk Tanjong Tokong Fasa 4 Mohd Messannif berkata, fasa berkenaan mempunyai sebanyak 102 buah rumah di mana 40 daripadanya sudah ke rumah transit dan 40 masih lagi tinggal di Kampung Tokong.

“Kami Suara Penduduk ,mengambil pendekatan dengan pihak pemaju mengeluarkan dokumen perjanjian itu sahaja bezanya.

“Dan sekiranya dokumen perjanjian itu sah dan pihak pemaju dapat menyelesaikan senarai nama yang tercicir dan sebagainya kami pun akan roboh rumah kami dan beri laluan kepada pembangunan. Penduduk Kampung Tanjong Tokong mahukan pembangunan,” katanya.

Beliau tidak menafikan tawaran pampasan yang dijanjikan kepada penduduk adalah lumayan namun tiada perjanjian hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak dan masih banyak isu yang perlu dibincangkan bersama pemaju.

Katanya berdasarkan senarai bancian yang dibuat pada tahun 2003, beberapa penduduk telah tercicir dari senarai banci pemaju menyebabkan sesetengah penduduk hilang kelayakkan mendapat tawaran berkenaan.

Beliau juga berharap bayaran saguhati RM3500 ditambah sebayak RM1500 kerana ia dianggap terlalu sedikit.

Masalah Kampung Tanjong Tokong bermula apabila penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju UDA Holding Berhad yang telah mengisytiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, September 13, 2009

Mampukah Dr Mansor Othman selesaikan masalah Melayu dan Tg Tokong.

Persoalan Melayu P.Pinang terpinggir dan tersingkir bukannya isu baru. Sudah 50 tahun umno dan b-end memerintah P.Pinang, nasib orang Melayu semakin hari semakin tertekan.

Sudah berapa ratus konvensyen Melayu telah dibuat dan dibahaskan oleh umno, namun natijahnya " Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak " kata orang P.Pinang.

Hari ini sandaran orang Melayu sudah pasti mahu melihat apakah Dr Mansor Othman yang sudah 100 hari menjadi TKM 1 P.Pinang mampu memberi sinar harapan baru Melayu P.Pinang.

Esok (Isnin) saya dipanggil oleh Dr Mansor Othman untuk berjumpanya di Komtar. Sudah pasti saya akan gunakan kesempatan ini untuk membincang banyak perkara terutamanya masalah Melayu P.Pinang.

Isu penjaja kecil Melayu di Pasar Ramadhan Chowrasta, gerai penjaja kecil Melayu yang mahu dirobohkan, pampasan yang diterima dan penempatan semula rumah Melayu yang terlibat dengan projek landasan berkebar, masalah perkampongan Melayu dan agenda Melayu seperti Yayasan Melayu, Kolej Pengajian Tinggi Melayu, Perumahan Melayu, Ekonomi Melayu adalah perkara yang akan saya timbulkan nanti.

Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.


Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ.


Inilah wajah Kampung Haji Mahmood, Tanjong Tokong setelah ia dibersihkan daripada rumah-rumah kayu berbumbungkan atap nipah.


Inilah bangunan yang bakal menghiasi Kampung Haji Mahmood. Sebuah unit kondo mewah berharga tidak kurang daripada 850 ribu ringgit.

Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.

Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.

Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd. Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.

Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna.

Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat. Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan.

Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.

Setiap kali pulang ke Pulau Pinang, saya dan isteri pasti ke Tanjong Tokong awal pagi untuk membeli kuih-muih Melayu. Inilah salah satu keistimewaan kampung Melayu Tanjong Tokong, iaitu mengekalkan penghasilan kuih tradisional Melayu.

Tanjong Tokong melahirkan beberapa tokoh yang berjasa kepada negara seperti pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan yang tidak didendang, Allahyarham Ibrahim Mahmood (Kampung Haji Mahmood sempena nama bapanya), Allahyarham Datuk Mohamad Sopiee Sheikh Ibrahim (sebatang jalan di kampung itu dinamakan sempena nama bapanya) dan anaknya Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee, dan mantan datuk bandar KL Tan Sri Elyas Omar.

Penduduk Tanjong Tokong bukan menentang pembangunan tetapi mereka mahu mengekalkan satu-satunya kampung Melayu yang tersusun yang masih wujud dalam kawasan bandar. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah warisan bangsa, warisan negeri dan warisan negara.

Kita bimbang nasib yang menimpa satu-satunya perkampungan masyarakat India/Tamil di Pulau Pinang, iaitu Kampung Buah Pala, akan menimpa sebuah lagi kampung Melayu. Apakah tidak cukup pengorbanan perkampungan Melayu selama ini? Apakah sukar untuk mengekalkan sebuah kampung yang benar-benar kampung tradisional Melayu Pulau Pinang?

Nampaknya begitu. Arah aliran pembangunan di Pulau Pinang yang melibatkan pembangunan kediaman pencakar langit terutama kondo mewah kini sudah menular ke kampung-kampung Melayu di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Batu Maung dan seterusnya akan merebak ke Balik Pulau.

Di Bayan Lepas, beberapa buah kampung termasuk yang berjiran dengan kampung kelahiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad sudahpun hilang dan digantikan dengan pangsapuri dan kondo mewah.

Bukit-bukau turut ditarah termasuk yang menghadap laut di antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang. Semasa membesar di Pulau Pinang, saya tidak pernah mendengar apatah melihat tanah runtuh di Tanjong Bunga hingga ke Telok Bahang. Sekarang ia menjadi kenyataan akibat daripada pembangunan kediaman mewah atas bukit.

Berbalik kepada pembangunan semula Tanjong Tokong, UDA Holdings akan menukar wajah kampung Melayu kepada dua buah projek yang dinamakan Warisan Tanjung (tak tahu pula saya warisan apa yang dimaksudkan sedangkan warisan sebenar dihapuskan) yang akan mengandungi 15 blok rumah pangsa lima tingkat (1,350 unit) dan sebuah bangunan komersil.

Perlu diiangatkan pembangunan rumah pangsa lima tingkat tidak perlu disediakan lif. Ya, orang Melayu cukup gagah untuk memanjat tangga, barangkali itulah sebabnya didirikan rumah pangsa lima tingkat. Atau, itulah bentuk kediaman yang sesuai didiami oleh orang Melayu.

Projek kedua yang akan dimajukan atas tapak pulih guna (tambak laut) dinamakan Tanjung West, akan mengandungi rumah pangsa berharga sederhana rendah, pangsapuri, kondo dan bangunan komersil. Ia membabitkan kawasan seluas 16.6 hektar.

Episod Kampung Buah Pala sudahpun di penghujung jalan dan penduduk kena akur dengan kehendak undang-undang, sama ada ianya betul atau sebaliknya, kini nasib penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong yang cuba mempertahankan warisan datuk nenek mereka sedang diuji dan kita boleh menjangkakan apa yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala akan berulang di Tanjong Tokong.

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi raja,
jika dikenang nasib Melayu,
tentu menitis si air mata.

Inilah serangkap pantun lama warisan Melayu Pulau Pinang yang saya ubah sedikit (nasib Melayu) untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Oleh Syed Imran.









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dr Mansor pantas bertindak segerakan bantuan mangsa kebakaran

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Mengira hari sahaja lagi menuju Syawal, kira-kira 25 orang penduduk di Butterworth tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka dimamah api kebakaran 10 September lalu.

Prihatin dengan keadaan keluarga terbabit yang terpaksa menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman turun padang menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran.

Bersama Mansor adalah wakil dari dua agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pejabat Daerah. Antara bantuan segera yang diberikan ialah bantuan makanan dan juga wang tunai lebih kurang RM3500 untuk setiap keluarga.

Manga juga menerima wang tunai sebanyak RM500 untuk perbelanjaan keperluan harian mereka yang punah dijilat api kebakaran.

Selain itu Pejabat Dearah juga menyediakan dalam lebih kurang RM5000 setiap keluarga, dan setakat ini sebanyak RM1000 telah diserahkan kepada mangsa-mangsa.

Mansor berkata buat sementara ini mangsa-mangsa tersebut akan menetap di dewan serbaguna untuk sementara dan akan dipindahkan ke rumah panjang di Ampang Jajah dalam masa tiga hari sementara menunggu rumah mereka diperbaiki.

Selain itu, Mansor berkata akan membincang dengan tuan tanah bagi memperbaiki rumah-rumah yang musnah akibat dijilat api itu.

Mangsa-mangsa kebakaran kelihatan lega dapat bantuan daripada pihak-pihak kebajikan kerana ia meringankan kepayahan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UDA - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi..Kg Melayu Tg Tokong diambang kemusnahan.


Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju, UDA Holdings Berhad yang telah mengistiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya berkata, persatuan penduduk kampung nekad untuk mendapatkan semula hak-hak sebagai pemilik tanah.

“Masalah yang belum selesai selama penglibatan UDA 35 tahun di kampung ini. Pertama pihak UDA tidak dapat menyempurnakan projek pembangunan semula Tanjung Tokong dalam jangka masa tiga dekad. "

“Keduanya sepanjang penglibatan UDA di dalam kampung telah mengistiharkan dan mengklasifikasikan semua penempatan penduduk termasuk yang bernombor adalah penempatan setinggan,” katanya.

Jelas Salleh, UDA yang merupakan salah satu agensi penempatan semula bagi kaum Melayu di bandar terutamanya Pulau Pinang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menghentikan projek pembangunan kampung selama hampir dua dekad bermula dari tahun 1990 sehingga 2008.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa pembangunan di perkampungan ini harus dibuat atas dasar sosial dan kemasyarakatan dan bukan keuntungan komersil semata-mata.

Ini kerana perkampungan ini dibangunkan menerusi peruntukan langsung dari kerajaan pusat dan bukannya menerusi UDA Holdings yang lebih menjurus ke arah komersial.

Salleh menjelaskan status setinggan yang diklasifikasikan oleh UDA itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Walhal, kata Salleh, tanah yang seluas 54 ekar itu diperolehi atas nama pembangunan semula Tanjung Tokong.

Daripada 300 buah rumah, 270 daripadanya mempunyai nombor rumah sendiri manakala 30 buah rumah lagi tidak mempunyai nombor.

“Sebagai setinggan kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas rumah yang kami duduki. Oleh itu, kami merayu kepada pemilik rumah bernombor untuk mempertahankan hak mereka dengan cara menjadikan Tanjung Tokong sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi kita merayu kepada menteri yang bertanggungjawab tentang UDA Holdings dapat membuat keputusan yang jelas tentang pembangunan kerana rekod 35 tahun pihak UDA tidak dapat menyelesaikannya, kampung ini terbiar dan bilangan yang tidak mempunyai rumah mencecah hampir 1000 kali kerana tidak ada penyelesaian masalah dan tidak ada projek sepanjang 20 tahun,” katanya.

Kampung Tanjong Tokong telah wujud di Tanjung Tokong selama lebih daripada 200 tahun di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light.

Penduduk kampung tersebut pernah memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mendapat balik tanah ini daripada UDA Holdings.

Surat aduan telah dihantar berulang kali sejak tahun 2006 kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagi Salleh, projek segera bagi menyelesaikan masalah penduduk juga harus dibuat di kawasan baru dan bukannya di kampung asal iaitu Kampung Tanjong Tokong.

Beliau mendakwa UDA Holdings pernah berjanji dengan penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

“Tanpa sebarang perjanjian yang diikat antara pemaju dan penduduk, pihak UDA Holdings tidak mempunyai apa-apa ganti rugi dan pampasan sama ada berbentuk kewangan atau pun rumah ganti ke atas rumah-rumah penduduk.

“Persis seperti skandal tanah Kampung Buah Pala, tawaran yang dijanjikan kepada penduduk sememangnya lumayan tetapi tiada perjanjian secara hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/