SharpShooter Followers

Saturday, September 19, 2009

Hulurkan sumbangan anda...

Exco Agama P.Pinang dan juga Adun Batu Maung YB Hj Malik Kassim telah menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan ibu-ibu tunggal bagi persiapan Aidilfitri. Saya telah diberi amanah untuk menyampaikannya. YB Hj Malik sedang mengerjakan Umrah.



Ibu tunggal Puan Zaiton ini mempunyai 5 orang anak dan seorang daripadanya adalah kanak-kanak istimewa (gambar di atas). Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 3 tahun yang lalu. Beliau terpaksa bekerja sebagai pencuci Flat Taman Janggus di Cherok To'kun Atas untuk menyara keluarganya. Pendapatannya cuma RM500 sahaja. Jika anda berniat membantunya bolehlah menghubungi beliau di talian 017 - 416 2648.


Ibu tunggal puan Azizah pula mempunyai 11 orang anak. Puan Azizah malu untuk bergambar. Cikgu Piza (berbaju kuning) merupakan guru kepada anaknya di Sekolah Kebangsaan Kebun Teh, Machang Bubuk turut hadir menemani saya untuk menghulurkan sumbangan. Puan Azizah hanya mengambil upah mengasuh 2 orang kanak-kanak untuk menyara anak-anaknya seramai 11 orang. Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu. Jika anda ingin membantunya, hubungi 017 - 499 1625


Manakala Puan Norlela pula adalah ibu tunggal kepada 8 orang anak. Beliau kehilangan suaminya setahun yang lalu akibat serangan jantung. Suaminya adalah ahli Jemaah Tabligh. Kak Lela tinggal di Cherok To'kun. Anda boleh hubungi beliau di talian 019 - 545 8294.

Adalah besar harapan saya sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan anda terus kepada mereka. Saya sedia membantu anda sekiranya anda perlukan. Semoga dengan sedikit bantuan anda, mudah-mudahan ia dapat meringankan bebanan mereka.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/