Pelabuhan Pulau Pinang tidak pernah mencatatkan kerugian terutamanya dalam trafik kontena, kata pengarah urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar.
Keseluruhannya PPSB meraih keuntungan dalam tempoh sedekad ini walaupun operasi feri mengalami kerugian, katanya.
"Sejak saya mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang pada 1999, ia meraih keuntungan. Kami tidak pernah mengalami masalah dalam apa bentuk situasi," katanya kepada pemberita.
Beliau membalas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa pelabuhan itu mencatatkan kejatuhan trafik kontena 24 peratus pada suku kedua tahun ini.
Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa. Kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB, katanya.
Beliau berkata PPSB berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah pengendalian kontena dengan mencatatkan 92,439 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada Ogos sahaja dan tidak pernah mengalami kerugian dalam suku kedua tahun ini seperti yang dilaporkan media semalam.
Bertentangan dengan kenyataan Guan Eng, Ahmad berkata Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 13 peratus dalam TEU daripada 199,391 kepada 225,322 pada tempoh yang sama.
"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak Pelabuhan Pulau Pinang.
"Kami mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (PPU) kami sendiri dan kerajaan persekutuan akan menilai kami setiap tahun. Saya akan melepaskan jawatan saya sekiranya saya gagal untuk menunaikan tanggungjawab saya dengan cekap," katanya, sambil menambah pengendalian kontena dijangka mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam suku ketiga tahun ini.
"Meskipun mengalami kerugian dalam operasi feri tahun lepas, kami masih berjaya meraih RM23.13 juta dalam keseluruhan keuntungan tahun lepas.
"Jika kerajaan negeri serius untuk membantu kami, mereka harus menghubungi kami dan membuat perancangan untuk mengadakan perbincangan dan bukan sebaliknya menyiarkan publisiti buruk bagi PPSB dengan angka yang salah," katanya.
Meskipun kelembapan ekonomi global, jumlah kendalian kontena tahun ini dijangka menyamai kuantiti tahun lepas pada 929,639 TEU, katanya.
Guan Eng dalam kenyatannya pada Selasa berkata rekod Jabatan Marin menunjukkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini mengendalikan 10 peratus lebih banyak kontena dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, mencerminkan pemulihan dalam bahagian kargo domestik dan kargo pindah kapal.
Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat kepada 3.79 juta TEU daripada 3.44 juta pada tempoh tersebut manakala kuantiti di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, kurang berbanding Pelabuhan Johor, pada suku pertama, katanya.
Guan Eng juga meminta kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada Pelabuhan Pulau Pinang dengan menyuntik dana bagi membantu menyelamatkan pelabuhan itu dan memastikan ia terus beroperasi
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago