Kekecohan dan keganasan yang mencemari majlis dialog berhubungan isu pemindahan kuil di Shah Alam amat menyedihkan.
Hanya satu minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan oleh imej kepala lembu diheret dan dicabuli oleh ahli dan penyokong Umno. Semalam, majlis dialog untuk mencari penyelesaian kepada isu pemindahan kuil ini pula yang menjadi kecoh.
Tujuan majlis dialog di Dewan Bankuet MBSA adalah untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumbalas berhubungan cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Malangnya, sekumpulan hadirin tidak berminat untuk mencari penyelesaian kepada isu ini. Mereka hanya ingin mengajuk dan bertindak liar terhadap penduduk Seksyen 23 yang lain, dan juga panelis yang terdiri daripada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail. Gambar-gambar dan video kelakuan mereka sudah disebari luas melalui Internet dan tidak perlu saya mengulas lagi.
Tingkah laku kumpulan ini yang menyorak dan memprovokasi amat menghampakan, terutamanya memandangkan bulan Ramadhan yang suci ini.
Surah 49 Al Hujrat ayat 13 mengajar kami: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Parti Keadilan Rakyat mengutamakan keadilan untuk semua. Tindakan sekumpulan hadirin ke dialog semalam tidak akan menjejaskan usaha KEADILAN untuk mewujudkan Malaysia yang adil tidak mengira kaum atau agama.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
1 hour ago