Pertama sekali membenarkan peniaga-peniaga pasar ramadhan berniaga di tempat sekarang ini sehingga habis bulan ramadhan ini.
Kedua Kita juga bersetuju membenarkan peniaga berniaga di tempat itu di tahun hadapan dengan urus tadbir yang baru. Kita akan minta MPPP mengurus tadbir.
Dalam masa yang sama jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak, antara peniaga, dewan dan kerajaan negeri kita akan mencari tempat baru yang lebih sesuai dengan infrastruktur yang lebih elok dan kita boleh lakukan usaha promotion dengan lebih hebat lagi supaya kita dapat memajukan tempat perniagaan baru itu. Itu adalah dalam masa jangka panjang. Jika dipersetujui oleh semua pihak.
Ketiga, seperti yang disebut oleh Saudara Rizal Faris Yang dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa pihak peniaga merasa kesal dan meminta maaf kepada kerajaan negeri atas insiden yang berlaku semalam.
3.00 petang
Bilik Mutiara, Tingkat 52
Komtar
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/