Di Malaysia pada tahun 2000 bersamaan 1421 tahun Hijrah, berlaku peristiwa kemenangan YB Saifudin Nasution di prk Dun Lunas. Sejarah juga tercipta di mana 10 buah bas pengundi hantu berjaya ditahan.
Pada tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah, berlaku pula peristiwa kemenangan Ustaz Salleh Man di prk Dun Permatang Pasir. Kemenangan manis buat PAS setelah hampir tewas di Manek Urai. Kemenangan ini paling bermakna buat YB Ustaz Salleh Man yang sebelum ini tewas sebanyak 6 kali berturut-turut bila bertanding dalam pilihanraya umum.
Peristiwa Adun Lunas keluar PKR istihar bebas juga berlaku dalam bulan Ramadhan semasa kempen prk Permatang Pasir. Kemudian diikuti dengan demo kepala lembu, demo desak adun Lunas letak jawatan, Isu Adun Kota Siputeh dan yang terbaru isu di Perak.
Pada tahun ini, Malaysia mencipta sejarah kerana banyak peristiwa dan insiden politik berlaku dalam bulan Ramadhan.
Persoalannya adakah sama peristiwa sejarah bulan Ramadhan zaman kegemilangan Islam dengan peristiwa bulan Ramadhan di Malaysia?
Kemenangan YB Saifudin Nasution dan YB Ustaz Salleh Man bagi Pakatan Rakyat ibarat kemenangan peristiwa perang Badar. Manakala UMNO juga menyifatkan peristiwa SPR umum tiada prk di Dun Kota Siputeh juga sebagai kemenangan perang Badar Al-Kubro. Baca di sini.
Semua parti politik ingin menyamakan semua kemenangan mereka dalam bulan Ramadhan sama seperti kemenangan tentera Islam dalam perang Badar. Semua sedia maklum bahawa peristiwa sejarah dalam perang Badar ialah tentera Islam 313 orang berjaya menewaskan tentera Musyrikin Mekah seramai 1000 orang. Ini adalah kemenangan manis amat bermakna buat tentera Islam.
Hari ini di Malaysia tidak berlaku peperangan senjata tetapi hanya peperangan dalam pilihanraya. Dan semua sedia maklum bahawa pilihanraya di Malaysia bukanlah datangnya dari Islam. Tetapi yang mengambil bahagian adalah orang Islam termasuk yang bukan Islam.
Kita sedia maklum bahawa Islam adalah untuk semua. Kebetulan pula peristiwa peperangan pilihanraya di Lunas dan Permatang Pasir adalah kedua-duanya adalah calon Islam. Cuma bezanya calon Islam di Malaysia ini, ada pula Islam Hadhari.
Bolehkah kita menyamai setiap kemenangan parti politik di Malaysia dalam bulan Ramadhan umpama kemenangan tentera Islam di perang Badar?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/