Hakim Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.
Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.
Oleh itu, katanya, mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.
Umno diwakili oleh peguam Mohd Hafarizam Harun, manakala Elegant Advisory diwakili oleh peguam Ahmad Termizi Abdullah.
Ahmad Termizi berkata, beliau telah menerima arahan supaya memfailkan rayuan kerana pelanggannya merasakan ada persoalan perundangan yang untuk dibangkitkan.
Hafarizam pula berkata keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.
"Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1994," katanya.
Akta itu menyebut bahawa bahan kempen bagi kerusi Parlimen tidak boleh melebihi RM200,000 dan RM100,000 bagi kerusi negeri
UMNO tak pernah belanja MEWAH? UMNO tak pernah belanja lebih RM200 ribu?
Saya cadangkan UMNO beli kuaci dan kacang goreng..bagi dekat kanak-kanak tadika kemas...Lepas tu cerita dekat budak2 tadika kemas tu...kah..kah..kah..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/