SharpShooter Followers

Sunday, September 06, 2009

BUAT TAK SALAH...TETAPI MELAPOR SALAH..

Kadang-kadang saya merasakan dunia semakin hampir kepada kiamat. Mengapa sejak mutakhir ini, orang yang melakukan kesalahan tidak didakwa tetapi orang yang melaporkan pula yang dianggap bersalah.

Kes-kes seperti ini lebih ketara jika melibatkan orang politik. Baik umno B-End mahupun Pakatan Rakyat, semuanya sama saja.

Kalau kita lihat media arus perdana banyak memaparkan kesalahan Pakatan Rakyat. Tetapi media Pakatan Rakyat pula hanya melaporkan kesalahan umno dan b-end sahaja. 2 x 5, 5 x 2 sama sahaja.

Setelah 52 tahun kita merdeka, adakah media kita dan kita sendiri telah benar-benar merdeka? Merdekakah kita, jika kita menghalang media melaporkan kesalahan pimpinan kita? Merdekahkah kita, jika kita tidak mahu mendengar teguran?

Jika ada blog atau laman web yang memang pro Pakatan Rakyat tetapi kadang-kadang bila melaporkan berita tentang kesalahan atau kepincangan Pakatan Rakyat, mudah sahaja mereka ini dilabelkan sebagai ajen umno atau b-end.

Adakah Pakatan Rakyat juga mahu jadi seperti umno dan b-end yang hanya mahu mendengar puji-pujian semata-mata. Adakah Pakatan Rakyat mahu dibuai mimpi indah bila selalu dipuji dan dibodek?

Alangkah indahnya jika mereka jadi seperti Khalifah Umar bin Al-Khattab. Pidato pertama setelah beliau dilantik menjadi Khalifah Irrasyidin yang kedua berbunyi.."Sekiranya aku di atas jalan yang benar, maka turutlah aku. Dan sekiranya aku menyimpang dari jalan yang benar, maka luruskanlah supaya aku tidak kehilangan arah."

Ketika itu kedengaran orang berkata kepada Khalifah Umar bin Al-Khattab, "Sekiranya tuan menyeleweng, nanti saya perbetulkan dengan dengan pedang saya ini."

Maka Khalifah Umar bin Al-Khattab menjawab, "Segalanya puji bagi Allah yang mana ada di kalangan umat Muhammad yang sanggup membetulkan Umar dengan pedangnya."

Adakah pimpinan hari ini baik b-end mahupun Pakatan Rakyat bersifat seperti Khalifah Umar bin Al-Khattab?

Rakyat tahu terdapat ramai dikalangan pimpinan yang tidak suka ditegur. Rakyat baru tegur dengan suara atau pena atau media atau web atau blog sahaja. Belum lagi dengan pedang atau pistol atau C4. Itupun ada pemimpin dah melenting.

Teguran itu lebih mereka terasa dan tersinggung bila datangnya dari ahli parti mereka sendiri. Tidakkah mereka pernah terfikir, sebab sayangkan partilah ada ahli di bawah yang menegur pimpinan di atas?

Mereka akan tanya mengapa tidak ikut saluran? Ada kes tertentu ahli di bawah sudah guna saluran pun, tetapi tidak diambil tindakan kerana alasannya tidak mahu nama parti terjejas sebab libatkan pemimpin atasan.

Ada pula kes, bila sipolan buat sidang media membongkar kepincangan pemimpin, dikenakan tindakan. Tetapi ada sipolan lain yang juga buat sidang media mengkritik pimpinan sendiri, tidak pula diambil tindakan. Mengapa ada "double standard" ?

Alangkah indahnya jika pimpinan parti mengikut jejak Nabi Muhamad, Nabi bersabda.."Jika Siti Fatimah anak aku yang mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya."

Alangkah indahnya juga jika parti menjalankan siasatan secara adil bukan menjalankan siasatan mengikut selera parti. Pemimpin atasan dibiarkan, ahli bawahan diambil tindakan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/