Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu.
Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan.
"Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.
Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak.
"Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya.
Saya juga berharap Anwar dan pimpinan PAS mengambil serius perkara ini. Adakah kerana kepentingan politik, maruah Islam boleh dihina? Adakah kerana kepentingan politik, maka kita biarkan Jeff Ooi dan seangatan dengannya boleh buat kenyataan di media arus perdana sesuka hati?
Adakah kerana kepentingan politik, perjuangan Islam sudah kita abaikan?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/