Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi Bila Belum Ada Pilihanraya Dan RM 100 Diberikan Kepada Setiap Bayi Dan Bukannya Kepada Pemimpin PR.
BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau
Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada
mana-mana pemimpin PR.
Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh
menyatakan ia ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana
pilihanraya sekarang.
Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan
mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun
kerana mandat rakyat adalah untuk lima tahun.
Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO
mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia.
Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah
berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun
dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010
demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun
kepada pembangunan negeri.
Ekoran tuduhan BN, saya telah pun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau
Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun
RM1,000 "one-off" urusan jenazah. Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat.
Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun
mendaftarkan diri.
Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan
jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh
dibeli dengan rasuah RM100 sahaja.
BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini.
Mesyuarat EXCO besok akan memutuskan pertimbangan memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini dan tahun berikutnya, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Sumber kewangan program
baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada lebihan Bajet setiap tahun dan kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.
LIM GUAN ENG
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone