Riisalah bertajuk "Majlis Taklimat Bersih" di Pusat Khidmat Kadun Bukit Tengah Ong Chin Wen beserta dengan alamat No 22, Tingkat Bukit Minyak 9, Taman Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam dan nombor telefon pejabat 04-5083977 turut terpapar di atas kain rentang dan risalah tersebut. Risalah juga menyatakan tarikh taklimat pada 6 Julai 2011 pukul 7.00 malam, percuma baju-T BERSIH dan saguhati RM100 serta makan dan minum disediakan.
Saya juga dimaklumkan bahawa isii kandungan kain rentang hampir sama dengan isii kandungan risalah. Risalah tersebut yang ditandakan 'A' yang diitemui di Perkampongan Juru dilampirkan sebagai bukti.
Selain itu terdapat sms yang berbunyi - "salam perjuangan. Sdra dijemput ke rumah brikut utk ambil baju BERSIH percuma dan pruntukan rm200, di -
a) datuk dr toh kim woon. 107-7-3 pangsapuri desa acasia, medan york, p/pg
b) ust. mohd yusni mat piah. no. 45 lrg janggus 4,taman janggus kg prtama, bm.
c) yb ong chin wen. no 33, jln thamby kechil,b'worth,
d) yb jeff ooi, no 8, tkt merbau 2, bagam ajam, bwoth,
e) yb phee boon poh, no 1,lintang molek, bagan ajam,
f) yb chong eng, 49, lrg tembikai 3. Tmn sri rambai, b.m. dtg cepat sebelum habis.ramai2 kita pi himpunan BERSIH pd 9 jul 11 di K.Lumpur.
sebarkan!!! from: SEKRETARIAT BERSIH." Telah disebarkan luas sejak petang 5 Julai 2011.
Saya difahamkan oleh urusetia BERSIH bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang SMS berbunyi tersebut.
Saya menegaskan di sinii bahawa tidak ada sebarang baju T-shirt BERSIH di rumah atau di pusat khdmat saya.
Maka saya memohon pihak polis menyiasat perkara ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu sabotaj, tuduhan yang tidak berasas dan fitnah bahawa saya akan memberi wang saguhati, makan, minum dan juga baju t-shirt BERSIH.
Sekian laporan saya
Ong Chin Wen
Sementara itu YB Chong Eng MP Bukit Mertajam juga menerima nasib yang sama seperti YB Ong Chin Wen.
Memang KOTOR kerja mereka yang tolak BERSIH.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone