SharpShooter Followers

Monday, July 25, 2011

Keadilan Jelutong tolak cadangan biometrik

Keadilam Cabang Jelutong mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya sedar dan bangun membantah serta menolak cadangan Kerajaan UMNO BN untuk mempraktikkan penggunaan sistem biometrik di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang.
 
Keadilan Cabang Jelutong berpendapat bahawa sistem ini terbukti bermasalah kerana pada ketika ini hampir 2 juta MYKAD yang tidak boleh dibaca di JPN,Imigresen dan Bank.
 
Di samping itu sistem biometrik yang pernah digunapakai untuk PATI sebelum ini juga telah gagal berfungsi dengan baik dan tidak mampu mengawal kemasukan PATI ke negara ini dan terbukti dengan peningkatan yang mendadak PATI pada hari ini.
 
Selain itu, penggunaan sistem ini dalam memproses pengeluaran permit dan program pemutihan juga dilihat sebagai usaha untuk memberi nafas kepada syarikat-syarikat kroni.
 
Keadilan Cabang Jelutong berpandangan kualiti MYKAD yang ada pada hari ini juga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kad-kad ATM yang lain.
 
Justeru Keadilan Cabang Jelutong menegaskan bahawa hanya penggunaan Dakwat Kekal sahaja yang mampu memberi jaminan tiada pengundian dua kali oleh pengundi yang samadan seterusnya dapat menghapuskan pengundi hantu.Dan ini juga merupakan sistem manual yang melibatkan kos yang rendah dan menjimatkan.
 
Ubah Sebelum Parah Ubah Demi Maruah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia
 
Sekian terima kasih
 
Anuar Kamarudin
Setiausaha PKR Cabang Jelutong
6012 468 5540


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone