KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5 (refresh) ditekan.
Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.
Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.
Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan.
Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya.
Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa.
Sharpshooter - Apakah najimah akan ikut jejak bertapak che det yang menangis teresak-esak macam budak-budak umum letak jawatan?
Yang pasti kini mat sembab renyeh dan tersenyum kambing bak lembu balaq..hai bila la pandy kutty ni nak terkorban.. Namu begitu akan tercapaikah hajat mat sembab nak jadi PM selepas najimah?
Rakyat BERSIH ada jawapannya..kita tolak pemimpin KOTOR..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
6 hours ago