Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umporno b-end dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.
"Kita nampak corak penangkapan pihak polis pun telah didoktrinkan soal perkauman. Sebab itulah pemimpin DAP tidak ditangkap walaupun depan mata polis.
"Ini nak menunjukkan yang ditangkap ini pemimpin PAS, PKR, dan kami menjadi alat kepada DAP dan orang lain, dan nak menggambarkan DAP memperalatkan PAS dan sebagainya dan ini dimainkan dalam televisyen," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
Mengulas lanjut mengenai perhimpunan yang berakhir dengan 1,667 tangkapan termasuk 10 pemimpin parti politik itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap polis yang menjaga kepentingan umporno b-end, bukan menjaga keamanan dan keselamatan orang awam.
"Polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga umporno b-end, mereka lebih bersifat agen kepada umporno.
"Polis hendaklah jaga keselamatan rakyat, bukan keselamatan umporno. Kalau umporno jatuh polis tak jatuh. Mereka tetap berkhidmat di bawah pemerintah baru tapi kalau polis dilihat jaga umporno, bila umporno jatuh, dengan ketua polis jatuh sekali," tegasnya.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal akibat menjadi mangsa kekejaman polis, beliau menyifatkan ianya sebagai korban awal dalam tuntutan demokrasi di Malaysia.
"Ini korban awal dalam tuntutan demokrasi dan kita harap tak ada korban lagi selepas ini. Semua pihak perlu belajar termasuk PDRM sendiri," ujarnya yang turut mengalami kecederaan di lutut selepas jatuh daripada motosikal akibat dilanggar dengan land rover polis.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan Jumaat ini kerana ligamennya koyak dan membatalkan segala program terdekat.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian PAS untuk meminta Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR0) tidak memenuhi lapan tuntutan mereka dalam masa terdekat.
"Kalau tak ada apa-apa menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi.
"Lapan tuntutan kita mesti dipenuhi. Selepas itu kalau b-end nak menang, menanglah sebab kami tak ada masalah menerima kekalahan cuma yang kami tidak mahu ketidakadilan dan berlaku penipuan (dalam pilihan raya)," katanya.
Selain itu turut dicadangkan kepada Bersih 2.0 agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari berpakaian kuning sebagai tanda tuntutan mereka terus diperjuangkan.
"PAS akan cadang kepada Bersih supaya dijadikan hari Sabtu hari memakai pakaian Bersih dan kuning untuk menyatakan perjuangan berterusan untuk mendapatkan pilihan raya adil dan bersih," katanya.
Tuntut penjelasan b-end
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat terkena kelonsong peluru gas pemedih mata meminta b-end menyatakan pendirian mereka mengenai tindakan kasar ini.
"Kita minta b-end jelaskan negara ini negara demokrasi atau negara komunis?
"Kalau nak memerintah secara komunis yang memerintah dari awal hingga akhir, bagi taulah pada semua orang, pilihan raya ini hanya main-main tapi hakikatnya apa yang dikehendaki b-end memerintah selama-lamanya," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Seorang lagi AJK Pas Pusat, dr. Dzulkifly Ahmad pula berkata, jika kerajaan tidak menakut-nakutkan rakyat khususnya peniaga, ramai peniaga yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
"Apa yang kita tuntut apabila BERSIH menganjurkan perhimpunan aman ia mesti dikendalikan oleh polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan bukan mengambil ruang untuk mengganas dengan arahan menteri.
"Kalau 100 ribu yang berhimpun dan aman perhimpunan itu dikendalikan oleh polis, katakan setiap seorang berbelanja RM100 ringgit sahaja untuk menginap dan makan minum tanpa membeli belah, sudah ada RM10 juta yang mereka bawa ini sudah tentu menambahkan KDNK untuk peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur," jelasnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone