Sunday, September 30, 2012
Cubaan menipu PRU 13, SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat
“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.
“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.
Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.
“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.
“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, September 28, 2012
Bajet Najib 2013 ...ini jawapan lagu paling sesuai...
http://www.youtube.com/watch?v=U2LvMvhmeq8&feature=player_embedded
Chorus :- Lima puluh lima tahun merdeka tapi rakyat masih sengsara
Barang naik cukai segala rakyat digula-gula
Kita kibarkan jalur gemilang tapi kita kena temberang
Kemerdekaan tiada arti hanyalah janji ditepati...
Lirik Rap Melayu
Bulan tak ikut matahari logic astronomi
Pemimpin otak mundur takkan maju ekonomi
Big Mama buat duit janji dicapati
Janji ditepati, gua tak dapat diam lagi
Cetak rompak salah kalau rompak dan cetak
Tiru lagu gereja rakyat pandai ada otak
Tiada modal idea memang takkan laku
Semua temberang pecah lebih baik mengaku
Harga barang naik gaji masih rendah
Kroni yang berkuasa Kita dikerah
Makan minum cukai hidup mati cukai
Berasap pun cukai Huh! Rakyat Pokai!
Mana unsur merdeka anjakan paradigm
Sisihkan pelakon buang semua drama
Kami semua mahu Malaysia kekal lama
Dengarkan naluri yang sentiasa bergema
Lirik Rap Tamil
Dengarlah cerita yang berlaku di sekeliling kamu
Dengarkan apa anak muda ini nak beritahu
Duit yang kita laburkan habis kena songlap
Kerja keras untuk negara apakah yang kita dapat?
Naik turun bukit keluar masuk hutan bina jalan
Untuk diri sendiri akhirnya apa yang kamu dapat?
'Kamu keluar dari Negara ini' Siapa yang kata?
Dey! (censored) Ini pun Negara kami juga
Kita perlukan PTPTN untuk belajar
Tak boleh keluar Negara kalau tak bayar
Tak boleh keluar macam mana nak bayar?
Wajah sebenar Encik Dacing sudah terbongkar?
Duit Negara sudah habis ke?
Dengan yakin kami mengundi jadikan kamu kerajaan
Periuk nasi kami pun kamu nak kacau
Kamu tinggalkan kami sehelai sepinggang
Dengan 1 Malaysia 1 Rakyat berulang kali
kamu masukkan racun dalam makanan kami
Lirik Rap Chinese
Lihat calendar 2020 sudah tak lama lagi
Sehingga hari ini masaalah perkauman masih tak selesai
Orang atas hanya fikir nak kumpul duit
mereka hanya pedulikan nama
Apa-apa berlaku seorang pun tak nak bertanggung jawab
Rakyat pelbagai bangsa tinggal dalam satu negara
1 Malaysia untuk siapa?
50 tahun masih bersusah payah dengan isu perkauman
Apa yang kamu mahu? Apa kamu boleh buat?
Lihat kepada iklan satu Malaysia
Aku nak Tanya apakah semua ini?
siapa yang telah pergunakan rakyat?
Akhirnya rakyat yang jadi mangsa
Pelbagai orang tinggal dalam sebuah negara
Bagaimana Negara ini menghakimi aku?
Kami bukan budak-budak
Kita perlu tahu hari ini bukan seperti masa lalu
Chorus :- Lima puluh lima tahun merdeka tapi rakyat masih sengsara
Barang naik cukai segala rakyat digula-gula
Kita kibarkan jalur gemilang tapi kita kena temberang
Kemerdekaan tiada arti hanyalah janji ditepati...
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Rapat Pimpinan Nasional Keadilan tumpu kemenangan PRU 13 esok
KEADILAN akan mengadakan Rapat Pimpinan Nasionalnya esok yang memfokuskan kepada kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Menurut Setiausaha Pengelolanya, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula seawal 9 pagi itu turut menampilkan ramai pimpinan bekas Umno.
“Secara umumnya, program ini akan tumpukan kepada gerak kerja PRU 13, pastinya akan ada amanat daripada pimpinan untuk kemenangan.
“Persiapan semuanya lancar dan jangkaan kita peserta yang hadir lebih kurang 1,500 perwakilan terdiri daripada Ketua Cabang dan pimpinan setiap negeri,” katanya ketika dihubungi.
Radin berkata, aturcara program itu akan disusuli siri forum yang menjurus kepada memperkemas jentera parti daripada peringkat akar umbi.
“Ucapan aluan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor dan disusuli dengan ucapan perasmian Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Siri pertama dimulakan dengan pembentangan isu dan strategi pilihan raya yang akan dibentangkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengarah Penerangan KEADILAN, Dr Muhammadd Nur Manuty dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa,” katanya.
Tambah beliau, bagi memperkukuh perjalanan gerak kerja parti untuk menghadapi PRU 13, forum mengenainya akan diulas oleh sayap kanan dan pembentangan khas akan disusuli daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat (PR).
“Moderator forum ini adalah Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dan pengulasnya, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin.
“Pembentangan khas kejayaan negeri Pakatan akan disampaikan setiap Menteri Besar dan Ketua Menteri,” ujarnya.
Penampilan khas melibatkan bekas pimpinan Umno pula mengisi slot tengah hari yang disusuli forum menawan negeri kubu kuat Umno BN.
“Mereka terbabit adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing; bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin,” jelas Radin.
Turut serta bekas Pegawai Penyelidik Menteri Besar Selangor, Triacia Yeoh.
“Forum memecah ruyung tradisi BN ini bakal menampilkan panelis Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; MPN Sabah, Thamrin Jaini; MPN Sarawak, Baru Bian dan Profesor Dr Aziz Bari yang akan dikendalikan moderator Ismail Yusof,” katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Anwar cabar Najib hadir Isnin ini
Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.
"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini.
"Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Mat Sabu digantung
Ini ekoran bantahan yang dibuat oleh beliau melalui peguamnya berikutan tindakan Pendakwaraya yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia yang juga membuat kesalahan yang sama.
Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong.
Perbicaraan sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah Mohamad Sabu.
Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan.
Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad.
Peguam Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam kes ini.
Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa.
Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa.
Hanipa memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman.
Ekoran itu, Hakim Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Maknanya kes Mat Sabu digantung untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.
Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan.
Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Speaker P.Pinang beri tempoh 48 jam kpd Musa buktikan tuduhan..
Abdul Halim pada sidang medianya di sini semalam menafikan dakwaan Musa itu dan menganggap tuduhan tersebut adalah fitnah, berniat jahat dan bertujuan memburukkan imejnya sebagai Speaker Dun.
"Terlebih dahulu saya ingin menafikan bahawa saya ada kepentingan peribadi dalam projek berkenaan.
"Jelas kenyataan beliau (Musa) berniat jahat, fitnah dan mencemar imej saya," katanya.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan beberapa kepimpinan PKR negeri.
Abdul Halim berkata, sebagai Speaker Dun yang diamanahkan oleh rakyat, tugasnya adalah berkhidmat kepada rakyat dan itu adalah kepentingan utama.
Menurutnya, beliau yang bertanding kerusi Teluk Bahang berkata, dalam manifestonya telah berjanji untuk berusaha mewujudkan projek yang akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kawasan Teluk Bahang kerana kebanyakan penduduk kawasan itu adalah golongan nelayan, miskin, penganggur dan hanya bergantung kepada industri pelancongan sahaja.
Beliau berkata, pada 2009, Kerajaan Negeri telah mengadakan tender terbuka bagi membida projek Taman Tema Escape.
Di bawah sistem tender terbuka ini juga Sim Leisure International telah terpilih untuk memajukan taman tema tersebut yang dijangka siap (Fasa 1A) pada hujung tahun ini.
"Sudah tentu saya akan menyokong projek ini dan kepentingan saya adalah untuk melihat Teluk Bahang dan Pulau Pinang maju dengan projek ini.
"Saya percaya projek ini akan menjana ekonomi dan penduduk di sekitarnya akan menerima tempiasnya kerana ia akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Guan Eng mengesahkan Abdul Halim tidak terlibat langsung dengan syarikat pemaju Taman Tema Escape berkenaan.
"Tuduhan liar yang dibuat Musa memang tidak berasas kerana berdasarkan maklumat yang memang nama Datuk Speaker tiada langsung dengan syarikat-syarikat yang membuat bidaan semasa tender projek ini dibuka.
"Bukan sahaja syarikat yang menang tender malah semua syarikat yang bida memang namanya tiada sama ada sebagai pemegang saham mahupun ahli lembaga pengarah," katanya.
Guan Eng percaya, tindakan Musa itu disebabkan mahu membalas dendam terhadap Abdul Halim yang telah membongkarkan kontroversi syarikat Maison Height Sdn Bhd milik Musa yang didakwa mengambil kesempatan terhadap penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang,Balik Pulau.
Menurutnya, Abdul Halim telah mendedahkan perbuatan syarikat Musa yang didakwa membuat keuntungan dalam masa empat bulan dengan menjual tanah penduduk pada harga RM13.5 juta pada Mei lalu selepas membelinya dengan harga RM8.5 juta pada Januari lalu.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Benarkah Speaker P.Pinang punyai kepentingan dalam projek Taman Tema "Escape" di Teluk Bahang?
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata sehubungan itu, pihaknya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung perkara itu agar rakyat Pulau Pinang tahu perkara sebenar.
"Saya nak tanya dan mahu penjelasan daripada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tentang adakah benar projek (taman tema) yang dibangunkan di tanah milik syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Teluk Bahang itu mempunyai kaitan dengan Speaker DUN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa mendakwa mempunyai bukti berhubung perkara berkenaan dan akan mendedahkannya jika kerajaan negeri tidak mahu memberi penjelasan berhubung isu terbabit dalam minggu ini. - Bernama
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, September 26, 2012
Sejarah hitam pilihanraya kampus - YB Nurul Izzah
Pilihanraya Kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campurtangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan Mahasiswa.
Projek Ops2020, yang didedahkan di dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihanraya kampus yang bersih, adil dan telus.
Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaysa yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.
ADAKAN AUDIT TERBUKA KE ATAS SISTEM E-VOTING
Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan Sistem E-voting di Universiti Malaya (UM) sejak 2009 - apabila pihak Pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada sistem e-voting (undi secara berkomputer).
Para mahasiswa serta mahasiswi menentang keras sistem e-voting yang diperkenalkan kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-voting tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihanraya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.
Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:
1. Adakah undi rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?
Setelah E-Voting diperkenalkan sejak 2009, pada tahun 2010 pihak pentadbiran UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam perlaksanaan pilihanraya kampus iaitu E-Calon, E-Daftar dan E-Bantah yang semuanya berbentuk elektronik.
Sistem yang digunapakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa di mana di dalam pilihanraya kampus UM kali ini – 2 fakulti iaitu Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila Pilihanraya Kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak university membuktikan sistem E-Undi perlu dibaikpulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.
KEADILAN menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem E-Voting. Kita wajib membaikpulih imej university-universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, September 25, 2012
Adakah polis membunuh tahanan ini?
21 September 2012
LUBUK BUNTAR - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."
Begitulah kata Suriati Hussein, 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera. Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.
Sambungan di sini.
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Zahid Hamidi bagi pinjam jet pada Anwar?
Anwar: Apa dia ingat dia saja ada jet...? |
Wei... kalau nak buat jahat pun biarlah cerdik sikit. Rakyat negara ini tidak akan menerima atau mudah terpesona dengan politik puter belit (spin) yang bodohnya nampak sampai ke atas belakang.
Hari ini sama-sama kita membuat pemeriksaan siapakah yang memiliki jet berkenaan. Soal apaklah jet itu diberi pinjaman atau dibayar tidak timbul. Walaupun Tian Chua dan salah seorang yang menumpangi jet itu menyebut kepada saya, ianya dibayar... tidak kisah. Saya percaya jet itu diberi percuma. Sebenarnya kalau diberikan pinjam lagi baik dari dibayar atau disewa kerana bayar dan sewa itu menunjukkan Pakatan Rakyat ada banyak duit.
Persoalan pokok ialah siapakah tuan punya jet itu? Apa yang saya diberitahu tuan jet itu semasa hendak memberi pinjam kepada Anwar ada menyebut; you kena pastikan jadi PM, kalau tidak teruklah I. Aduh... inilah politik Malaysia, sesiapa yang membantu pembangkang walaupun secara halal akan dikenakan tindakan. Orang yang tidak bodoh sampai ke atas belakang faham dengan ayat dan kata-kata berkenaan.
Pemilik pertama yang saya dengar semasa di Sabah jet itu kononnya kepunyaan Tony Fenendez ... tuan punya Airasia itu. Tetapi selepas dibuat pemeriksaan menerusi seorang kawan, di Johor Bharu dia kata tidak. Jet itu kepunyaan orang Kelantan? Wah orang Kelantan ada jet peribadi. Dalam pengetahuan pula saya dan juga orang umum, di Kelantan hanya ada dua orang saja yang ada jet peribadi... yang lain sama ada naik bas cepat ataupun Airasia atau pun firefly.
Kedua-dua mereka ada ahli perniagaan. Ahamd Zahid Hamidi katanya pernah menaiki jet milik orang Kelantan itu untuk ke Makkah. Mulanya Zahid hendak jelaskan jet siapa yang beliau naik pergi ke Makkah tetapi sampai sekarang tidak dijelaskan. Namun orang sudah tahu yang jet itu milik orang Kelantan yang baik sekali dengan Zahid dan keluarganya.
Lupa pula saya nak tanya Husam Musa takut-takut dia tahu apakah jet yang diberi pinjamkan kepada Anwar itu sama dengan jet yang dia tengok ke Jeddah yang dinaiki oleh Zahid? Ada cerita mengatakan Husam ternampak jet berkenaan di parking di Jeddah.
Kalau sama, ertinya besar kemungkinan jet yang dinaiki Zahid Hamidi itulah juga yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak berani hendak mengatakan Zahid Hamidi yang rokmenkan kawannya itu beri pinjam kepada Anwar kerana kita tahu Zahid kini tidak bersama Anwar lagi. Tetapi bila mana Anwar kata jet itu jet kawannya... boleh jadi juga. Sebab bagi Anwar walaupun kawan-kawannya melarikan diri kerana hendka menyembunyikan harta benda dalam perut, dia tetap menganggap orang itu sebagai kawannnya.
Itulah keperibadian Anwar.
Semua itu andaian dan kemungkinan berlaka tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti siapakah tuan punya jet berkenaan. Manakala masalah Anwar naik jet ke bas tidak dia punya hal. Adalah domba --- iaini bonggok atas punggung kibas, kalau ada yang mempertikaikan atau mengatakan Anwar bermewah. Pemimpin seperti Anwar memang layak bermewah begitu hatta kalau Mahathir Mohamd ditakdirkan Allah menjadi borak, Anwar wajar menunggangnya kerana apa diperlakukan itu untuk rakyat bukan sekadar berseronok. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan? Walahu'alam - MSO
Pembatalan Perjanjian Konsesi Air Pahang ke Selangor- Siapa yg Untung, siapa yg Rugi? - @fuziah99
Naib Presiden PKR.
Ahli Parlimen Kuantan.
Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengugut pada 23hb Sept di Bentong bahawa beliau akan membatalkan Perjanjian Konsesi Penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sekiranya negri Selangor terus berdegil untuk tidak meneruskan projek Langat 2.
Di dalam Projek Langat 2 sejumlah RM60 juta setahun perlu di bayar oleh Selangor kepada Pahang untuk air mentah. Negri Pahang akan menerima 10 sen untuk setiap satu metre padu air mentah yang di bekalkan oleh Pahang kepada negri Selangor.
Kini, dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, MB Pahang telah membuat rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun. Malah mungkin juga negri Pahang perlu membayar penalti diatas pembatalan perjanjian tersebut. Didalam keadaan negri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada Kerajaan Pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negri Pahang.
Sebaliknya sekira pihak negeri Selangor yang membatalkan perjanjian maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi.
Menteri Besar Pahang juga tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah. Yang sebenarnya Selangor mempunyai cukup air mentah. Yang kurang diSelangor ialah air terawat, dan bukannya air mentah. Ini disebabkan oleh syarikat konsesi air SYABAS yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Juga merupakan asas kenapa Kerajaan negri Selangor bertegas mengambil alih pengurusan air di Selangor.
Maka dengan itu, negri Selangor langsung tidak akan merasai kerugian apa2 dengan Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air. Sebaliknya Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan.
Projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 billion itu menimbulkan banyak kontroversi kerana Kerajaan Negri Selangor menolak projek tersebut dengan tegas bersandarkan alasan bahawa bekalan air mentah diSelangor adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor.
Projek Langat2 tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi projek kepada syarikat kroni. Kerajaan negri Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat negri Selangor. Jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan pengstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan.
Akan tetapi apabila Menteri Besar Pahang mengugut untuk tidak membekalkan air ke Selangor, didalam keadaan Selangor berdegil tidak mahu Langat 2, ianya menunjukkan ketidakwajaran dan silap perhitungan didalam keputusan MB Pahang. Rugilah rakyat Pahang sekiranya pemimpin Pahang terus menerus membuat keputusan yang tidak menyebelahi kepada rakyat seperti ini.
------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President
Twitter @fuziah99
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, September 24, 2012
Aduhai...inilah cara pejuang-pejuang wanita lembu umporno sambut merdeka dan raya...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kantoi...Masalah air di Selangor pun sanggup berlakon...penasihat APCO, wajib tolak umporno..
Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.
Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
Malaysiakini juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.
Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
CUBA ANDA TENGOK BETUL2 ...TONG AIR SEMUA BARU...NAMPAK SANGAT MEMANG BERLAKON...MEMANG SIAL LA MEREKA YANG BUAT FITNAH..
Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.
Dipercayai lakonan dibiyai oleh BN dan penggambaran rahsia dilakukan di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..
Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut..
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Mahathir mudah lupa...rakyat tak lupa apa hang buat dengan Soros
Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros.
Bosan bila dengar pasal George Soros ni.. Tak habis habis media lidah biawak milik UMNO duk main spin G. Soros ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Macam la parti Syaitan Dikenali ni suci murni mengalahkan minyak masak Seri Murni.. Ada fakta yang pencacai lembUMNO kene kaji sebelum attack Pakatan Rakyat tentang G. Soros nih.. Tun Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.
Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gempak gempitanya menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir.
Tetapi...
11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan seperti di bawah:
"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.
"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.
"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.
Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:
"They are now declared friends, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."
TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"
Inilah kerja parti SYAITAN!
Memutar belitkan kebenaran demi kekuasaan pengaruh
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Saturday, September 22, 2012
Cap Ayam 'kuasa baru' saingi Aspirasi, ProM USM
Menggunakan logo Cap Ayam, mereka menggelarkan diri sebagai "Kualiti Bukan Sekadar Nama" dengan meletakkan empat calon di kerusi umum dan empat lagi di peringkat pusat pengajian.
"Mandat mahasiswa terbanyak mampu menjadikan kami 'kuasa baru' yang sederhana dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sungguhpun beberapa pukal mempunyai persepsi yang kurang betul kononnya kami (Cap Ayam) adalah calon bebas mewakili 'kuasa ketiga'," ujar jurucakap Norazrizal Aswad di perkarangan Pusat Penamaan Calon, USM.
Selain Aswad, calon umum lain seperti Kew Si Cheng, Ng Ming Yip dan Saw Jia Ying turut hadir pada sidang media tersebut.
Hadir bersama, calon-calon bagi kerusi Pusat Pengajian seperti, Hanafi Qasim Ahmad (Institut Pasca Siswazah), Muhammad Hazizi Padzil (Sekolah Kemanusiaan), Benjamin Tan (Pengurusan) dan Ramli Salleh (Ilmu Pengurusan).
Dalam perkembangan yang sama, Aswad mempersoal insiden lima calon ProM mengaku sukar untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk menjadi calon daripada pihak berwajib.
"Sungguhpun kami ("Kualiti Bukan Sekadar Nama") dan ProM mempunyai faham politik yang berbeza, bagi kami, layanan yang menimpa Mereka (jika benar) adalah suatu yang tidak menjunjung imej Universiti.
"Sama ada perbuatan yang tidak menjunjung imej universiti itu termasuk dalam perancangan Task Force 2020 (kendalian) Umno BN atau tidak, biarlah Naib Canselor, Datuk Prof. Omar Osman yang bijaksana siasat dan jelaskan kepada kita (mahasiswa)," ujar beliau.
Sementara itu, Mohd Hafizan Marzuki - salah seorang jurucakap Cap Ayam - mengumumkan untuk menarik beberapa calon di peringkat Pusat Pengajian menerusi laman sosial Twitter beliau.
"Ksama 1 lwn 1 lwn aspirasi di peringkat pusat pengajian. Kami telah menarik diri bagi pusat pengajivan fizik, kimia, biologi, matematik #capAyam"
(https://twitter.com/matpijan/status/248978237370298368)
Aspirasi bertanding di semua 45 kerusi peringkat umum dan Pusat Pengajian.
ProM sah bertanding di 16 kerusi dan masih berusaha untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk tiga calon lagi.
Tempoh berkempen adalah bermula pada petang ini sehingga tengah malam Isnin depan.
Manakala, mahasiswa dijadualkan mengundang undi pada Selasa
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuuu dia....Jam tangan Kak Ros RM350,000 ?
Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.
Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.
“Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu.
“Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan.
“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.
Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Himpunan video dan gambar demo anti filem hina Islam
Lebih 10,000 umat Islam berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan satu memorandum yang menuntut tindakan tegas dari kerajaan AS bagi menghentikan provokasi terhadap umat Islam.
Namun, memorandum berkenaan hanya berjaya diserahkan kepada ketua keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai wakil ekoran keengganan wakil kedutaan untuk turun.
Difahamkan, kedutaan Amerika ditutup sejak jam 11 pagi bagi mengelak pertembungan dengan peserta dan wakil himpunan hari ini.
Perhimpunan itu juga mengesa AS menarik balik penayangan ‘Innocence of Muslims’ dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah Sam Bacile yang mengambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang hina, lemah dan gila seks.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi mendesak kerajaan AS mengambil serius kecaman umat Islam di seluruh dunia dan memulihkan kembali hubungan antara Islam dan dunia barat.
“Hentikan sebarang bentuk filem, lukisan karikatrur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
“Kami juga tegas untuk tidak menghina mana-mana agama dan Nabi-Nabi mereka. Ini merupakan perkara yang besar,” katanya apabila membacakan memorandum tersebut diluar kedutaan AS.
Selain Nasruddin, wakil pimpinan yang hadir menyerahkan memorandum adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua N Surendren, serta wakil NGO, Pengerusi TERAS, Azmi Abdul Hamid.
Jelas Nasruddin, Pas akan menggerakkan seluruh umat Islam untuk hadir ke Himpunan Munajat dan Ceramah Kisah Rasulullah sebagai Pemimpin Agung pada Jumaat depan di setiap negeri.
Seawal jam 12.00 tengahari, perkarangan Masjid Lembaga Tabung Haji dipenuhi dengan kehadiran umat Islam yang hadir bagi menyertai himpunan itu.
Turut bergema laungan ‘Allahuakhbar’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Yahudi’ selain beberapa sepanduk ‘Kami Akan Mempertahankan Rasulullah’.
Penyokong yang hadir turut bertafakur sebentar dengan membaca surah al-Ikhlas .
Azmi berkata himpunan tersebut adalah suatu penunjukkan solidariti bahawa Umat Islam serius dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.
Bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kehadiran umat Islam secara aman pada hari ini membuktikan Islam mencetuskan huru-hara dan menghina kepercayaan agama lain meskipun berlakunya pembunuhan Duta Amerika Syarikat di Libya minggu lalu.
“Sepatutnya seorang wakil kedutaan perlu turun untuk menerima memorandum ini.
“Kita mahu isu ini diambil tindakan dan tidak dibiarkan melarat ke kancah yang lebih teruk,” katanya.
MP Batu, Tian Chua turut meminta kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap perkara ini memandangkan ianya melibatkan seluruh umat sejagat.
Himpunan ini turut dicemari dengan insiden pembakaran bendera Israel sebelum orang ramai bersurai mulai 3.25 ptg dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bahagian Cheras, ACP Mohan Sing berpuas hati dengan perjalanan himpunan pada hari ini. Menurutnya, pihak polis akan menyiasat insiden membakar bendera Israel dan setakat ini tiada tangkapan yang dibuat.
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/