SharpShooter Followers

Wednesday, September 12, 2012

Pengawal peribadi Anwar terima ugutan ‘pistol’


Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini.

Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi tadi di Balai Polis Damansara.

Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.

Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.

Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.

“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.

“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.

Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.

Jelajah Bas Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Johor

14 September 2012 (Jumaat) - Johor

MASA

PROGRAM

LOKASI

1.00–2.00 ptg

Solat Jumaat

Masjid Jamek Tangkak, Ledang

2.00–3.00 ptg

Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Ledang

Pejabat PKR Ledang, Jalan Kemajuan Off Jalan Payamas, Tangkak, Ledang

3.30–4.30 ptg

Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Muar

Kediaman Haji Zainuddin Sayuti, Simpang Empat, No 3, Jalan Semerah, Batu Pahat

5.00–6.30 ptg

Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Sri Gading

Km 18, Kampong Parit Haji Salleh Ros, Jalan Keluang – Batu Pahat

8.00–12.00 mlm

Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat

Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Skudai


Penceramah Utama:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail

3) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

4) YBhg Mat Sabu

5) YB Teng Chang Kim

6) YB Azmin Ali

7) YB Dato’ Saifuddin Nasution

8) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

9) Lain-lain Pimpinan Utama Pakatan Rakyat






Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/