Kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.
"Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bubar Parlimen dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Telah Menyelesaikan 98 Peratus Urusan
Pemilikan Tanah Peneroka Felda Di Negeri Ini
-
*KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang telah menyelesaikan 98 peratus urusan
pemilikan tanah peneroka di negeri ini, hasil usaha berterusan pelbagai
pihak dal...
9 hours ago
