Azmin Ali Club (AAC) mengecam tindakan samseng serta serangan yang dilakukan ke atas bas rombongan jelajah merdeka rakyat di Kota Bharu pagi tadi.
Azmin Ali Club juga berpendapat semangat perpaduan yang dipupuk dalam konsep 1 Malaysia yang senantiasa dilaungkan oleh perdana menteri juga gagal dicapai malah sikap dendam terhadap pemimpin serta program anjuran Pakatan Rakyat sudah menjadi satu kebiasaan kepada pihak-pihak tertentu.
Namun, Azmin Ali Club tidak akan menuduh secara melulu kepada mana-mana pihak sehinggalah ia dapat dibuktikan oleh pihak berkuasa yang akan melakukan siasatan nanti.
Atas dasar prinsip perpaduan, keharmonian serta semangat demokrasi negara ini, Azmin Ali Club berharap ia tidak akan terus berulang lagi kerana sikap yang ditunjukkan ini bukan sahaja akan menimbulkan sifat dendam malah akan melunturkan terus semangat keharmonian negara.
Sehubungan dengan itu, Azmin Ali Club berharap Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia dapat bertindak dengan segera berhubung insiden tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukannya, jika ia mempunyai hubung kait dengan organisasi tertentu adalah satu keutamaan tindakan juga perlu diambil.
Azmin Ali Club juga meminta kawalan kerjasama diberikan oleh pihak berkuasa kepada rombongan jelajah merdeka rakyat ini tanpa mengira apa juga latar belakang fahaman politik memandangkan program ini akan menjelajah ke seluruh negara sehingga pembubaran parlimen dilakukan.
Azmin Ali Club tidak mahu perkara yang sama akan terus berulang di lain-lain negeri dan bagi kami perkara tersebut ada kemungkinan akan berlaku. Jika kerjasama dari pihak berkuasa diperolehi setidak-tidaknya pihak yang tidak bertanggungjawab pasti takut untuk mengulangi perbuatan tersebut.
Kita mahukan perjalanan politik yang bersih bukannya perjalanan politik ganas dan dendam.
AFY ADRIAMIE Setiausaha Azmin Ali Club (AAC)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
12 hours ago