Lebih 10,000 umat Islam berarak ke Kedutaan
Amerika Syarikat bagi menyerahkan satu memorandum yang menuntut tindakan
tegas dari kerajaan AS bagi menghentikan provokasi terhadap umat Islam.
Namun, memorandum berkenaan hanya berjaya diserahkan kepada ketua
keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai wakil
ekoran keengganan wakil kedutaan untuk turun.
Difahamkan, kedutaan Amerika ditutup sejak jam 11 pagi bagi mengelak pertembungan dengan peserta dan wakil himpunan hari ini.
Perhimpunan itu juga mengesa AS menarik balik penayangan ‘Innocence
of Muslims’ dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah Sam Bacile
yang mengambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang hina, lemah dan
gila seks.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi mendesak kerajaan AS
mengambil serius kecaman umat Islam di seluruh dunia dan memulihkan
kembali hubungan antara Islam dan dunia barat.
“Hentikan sebarang bentuk filem, lukisan karikatrur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
“Kami juga tegas untuk tidak menghina mana-mana agama dan Nabi-Nabi
mereka. Ini merupakan perkara yang besar,” katanya apabila membacakan
memorandum tersebut diluar kedutaan AS.
Selain Nasruddin, wakil pimpinan yang hadir menyerahkan memorandum
adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden
PAS Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua N
Surendren, serta wakil NGO, Pengerusi TERAS, Azmi Abdul Hamid.
Jelas Nasruddin, Pas akan menggerakkan seluruh umat Islam untuk hadir
ke Himpunan Munajat dan Ceramah Kisah Rasulullah sebagai Pemimpin Agung
pada Jumaat depan di setiap negeri.
Seawal jam 12.00 tengahari, perkarangan Masjid Lembaga Tabung Haji
dipenuhi dengan kehadiran umat Islam yang hadir bagi menyertai himpunan
itu.
Turut bergema laungan ‘Allahuakhbar’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur
Yahudi’ selain beberapa sepanduk ‘Kami Akan Mempertahankan Rasulullah’.
Penyokong yang hadir turut bertafakur sebentar dengan membaca surah al-Ikhlas .
Azmi berkata himpunan tersebut adalah suatu penunjukkan solidariti
bahawa Umat Islam serius dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.
Bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kehadiran umat Islam
secara aman pada hari ini membuktikan Islam mencetuskan huru-hara dan
menghina kepercayaan agama lain meskipun berlakunya pembunuhan Duta
Amerika Syarikat di Libya minggu lalu.
“Sepatutnya seorang wakil kedutaan perlu turun untuk menerima memorandum ini.
“Kita mahu isu ini diambil tindakan dan tidak dibiarkan melarat ke kancah yang lebih teruk,” katanya.
MP Batu, Tian Chua turut meminta kerajaan Malaysia menyatakan
pendirian tegas terhadap perkara ini memandangkan ianya melibatkan
seluruh umat sejagat.
Himpunan ini turut dicemari dengan insiden pembakaran bendera Israel
sebelum orang ramai bersurai mulai 3.25 ptg dengan bacaan doa yang
diketuai oleh Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bahagian Cheras, ACP Mohan Sing
berpuas hati dengan perjalanan himpunan pada hari ini. Menurutnya, pihak polis akan menyiasat insiden membakar bendera Israel dan setakat ini tiada tangkapan yang dibuat.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Himpunan video dan gambar demo anti filem hina Islam
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Lagu Malaysia MADANI
-
"Malaysia Madani" Audio Production Team: Composer : Sam Lirik : Sam &
Pidaus Producer : Bunkface Arranger : Bunkface , Epul Kuat Recording
Engineer : E...
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
Sumbangan Khas Aidilfitri Kepada Penduduk Sik
-
Seperti biasa setiap tahun, 10 buah rumah keluarga paling daif akan
terpilih oleh kami dari 300 penerima untuk memberikan sumbangan raya ...
10 keluarga...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
-
Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير)
Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga
rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju ..
W/a: 012 3...
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
-
*KOTA BHARU:* Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9
Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
Pengumuman itu dibua...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?
-
Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh
dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk
dimuka tim...
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
-
Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di
Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di
Brazil. Ia j...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...