SharpShooter Followers

Wednesday, September 12, 2012

Noh dan Mat Zin ibarat 'kerbau' kena sembelih - @ShuhaimieShafiei

NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!

Susulan dari dakwaan beberapa pihak tertentu berhubung program terbaru kerajaan negeri bertajuk Di Ambang Merdeka, berikut adalah kenyataan KEADILAN Selangor dalam perkara yang cuba dijadikan isu politik murahan oleh UMNO dan BN Selangor.

WALAUPUN Hari Raya aidiladha masih jauh berbulan lagi, namun kita pada hari ini dapat melihat kelibat 'kerbau' yang bakal disembelih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13U) sedang menggelupur, meraung dan mengerang walaupun pisau masih belum lagi melekat di halkum.

Tabiat mencari walau seinci alasan untuk kekal relevan oleh UMNO Selangor di ketuai oleh YB. Dato' Sri Noh Omar dan 'ayam sabung lama' YB. Ir Dato' Sri Mat Zin ini amatlah menyedihkan. Bahkah adakala menjadi begitu memualkan. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila Istana yang menjadi tonggak payung kesepakatan dan kesatuan rakyat Selangor masih 'cuba diheret' ke kancah politik kepartian, ditanam perasaan kebencian dan selanjutnya memecahkan ukhwah yang sedia terjalin walaupun penggal kuasa sudah memasuki tahun ke 5.

Adalah menjadi amalan biasa sesuatu acara besar peringkat negeri diadakan, Dato' Menteri Besar melalui mesyuarat Exco, sebelum bermulanya sambutan acara tersebut, telah pun mengamanahkan tugasan persiapan majlis kepada pegawai kerajaan nombor satu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana yang difikirkan perlu dan berbelanja secara berhemah.

Jawatankuasa ini telah menjalankan amanahnya dengan baik, berpandukan amalan sebelum ini sebagai contoh dan menjadikannya suatu majlis yang meriah dan mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak.

Sememangnya pihak yang sentiasa tidak akan puas hati ialah UMNO BN. Kemungkinan sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang mereka yang selama ini lena diulit dan dibuai oleh sang pengampu hingga disedarkan padatahun 2008 lalu.

Menerusi rekod bertulis, DYMM Sultan Selangor tidak hadir semua dalam sambutan dan acara kemerdekaan sebelum ini walaupun dibawah pentadbiran Kerajaan BN. Umum mengetahui bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri tidak dijemput ke sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Tetapi Pakatan Rakyat tidak menyerang Barisan Nasional seperti mana UMNO BN Selangor mencari publisiti murahan dengan memcuba berulang kali 'mengaitkan kemurkaan Istana'.

Melihat kepada tema politik 'Janji Ditepati' dan kerusi kerusi telah yang lebih awal lagi diasingkan untuk UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan kumpulan lain, maka apakah jenis sambutan kemerdekaan Kerajaan Persekutuan, dengan meminjam kata-kata 'Menteri Sewa Tanah' Noh Omar, yang menuduh Dato' Menteri Besar Selangor 'tidak tahu adat, budaya dan protokol'?

Apakah Kerajaan Persekutuan juga gagal memahami 'protokol, budaya dan tidak tahu adat' dalam membezakan 'antara majlis rasmi dan majlis politik'? Nah, silakan menjawap pula soalan ini!

Apakah kegagalan rejim Najib Razak menjemput DYMM YDPA dikira juga sebagai 'penghinaan kepada YDPA?' yang jelas kedudukan YDPA lebih tinggi statusnya daripada mana mana Sultan dalam negara ini.

Jika benar pandai sungguh UMNO BN dengan protokol, budaya dan adat kenapa jamuan raya UMNO BN Selangor di Rubber Research Institute (RRI) Sg Buloh 'dikudakan' di atas bahu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang dibawah Jabatan Perdana Menteri?

Noh dan Mat Zin wajar menjawap tuduhan dan dakwaan bahawa mereka memaksa Dato' Ghani Selaku Pengarah JPP atau ICU Selangor serta 'dicucuk hidung' supaya 'melepaskan' RM2 juta untuk hanya jamuan raya politik UMNO BN yang turut melibatkan kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Najib Razak! Ini jamuan raya UMNO BN Selangor atau ICU, Jabatan Perdana Menteri? KEADILAN Selangor mengesa agar pihak ICU memberi penjelasan segera kerana difahamkan bajet telah dikeluarkan oleh mereka dan penggunaan wang rakyat sudah berlaku.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, kenapa Noh Omar dan Mat Zin 'bijak sungguh berbelanja' program Kerajaan yang dikendalikan oleh agensi Jabatan Perdana Menteri dengan setiap Dun diperuntukkan bajet RM25 sekepala dikalikan dengan 1000 orang dari setiap Dun bermaksud setiap Dun berbelanja sekitar RM25000 hanya untuk makan?

Persoalan kedua ialah, duit siapa yang digunapakai untuk program yang sepatutnya adalah program rasmi jabatan kerajaan tetapi menjadi program politik UMNO BN ini? Duit JPP @ ICU atau duit Pengarah, Dato Ghani atau duit UMNO BN? Atau ia adalah duit Noh Omar dan duit Dato Ir Mat Zin? KEADILAN Selangor yakin Noh Omar pasti mampu berbelanja jika perlu kerana kolam udangnya semakin bertambah besar.

Pastinya wang ini adalah duit rakyat yang berada di ICU! Jangan lupa Noh dan Mat Zin, rekod perbelanjaan majlis raya UMNO Selangor ada di tangan KEADILAN Selangor. Perbelanjaan khemah saja mencecah setengah juta ringgit. Perbelanjaan juadah 56 Dun disediakan dengan setiap Dun disasar membawa 1000 orang. Setiap anak muda dari NGO 'haram jadah' diberi RM50 seorang dan dikurung dalam pagar sehingga Najib tiba supaya semasa perasmian nampak ramai. KEADILAN Selangor mencabar UMNO menafikan penggunaan wang rakyat ini bukan bagi tujuan politik UMNO BN. Jika tiada penafian dalam seminggu, maka sah lah, UMNO BN adalah parti 'telunjuk lurus kelingking bersalut najis' yang wajar dikuburkan pada PRU13 akan datang. Inilah parti 'mengata dulang paku serpih' yang wajib dibuang dari Selangor.

Umum mengetahui sikap dwi-standard UMNO BN dalam perjuangan sia sia mereka mencari tempat untuk kembali memerintah negeri Selangor.

Umum juga mengetahui usaha mereka untuk memperbesarkan sekelumit kuman diseberang laut demi menunjukkan kepada Najib Razak bahawa mereka 'menjalankan kerja' dan Selangor 'bisa ditawan' tetapi gajah dibawah lebih 35 khemah di halaman RRI buat buat rabun pula matanya seolah olah tidak nampak langsung silapnya. Penggunaan duit rakyat yang dibawah agensi kerajaan seperti menggunakan wang sendiri oleh UMNO BN adalah perbuatan keji.

'One swallow does not a summer make'

Namun hakikatnya mereka hanya memberikan asap kelabu untuk mengaburkan pimpinan utama UMNO. Mereka sedar bahawa Selangor akan kekal ditangan Pakatan Rakyat dan usaha insignifikan ini hanyalah sekadar bungaan dan menyembunyikan hakikat sebenar.

Jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai pemidato dan penceramah utama. Ribuan rakyat Selangor mengetahui bagaimana pada awal tahun 2012, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa artis menjadi penceramah jemputan untuk menghiasi suasana malam tahun baru. Rakyat seronok mendengar ceramah keagamaan beliau yang diselang-selikan lawak jenaka dan disertai golongan artis tua dan muda. Mengapa pula kedatangan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah jemputan tidak dikira sebagai menghina Istana?

Hakikatnya jika mahu dijadikan isu, daki di dinding bangunan boleh diperbesarkan TV3 dan dijadikan masalah yang bisa menggugat 'ketenteraman persekutuan'.

Penggunaan publisiti murahan oleh Noh Omar, Mat Zin dan UMNO Selangor bukannya perkara baru; baja cap dacing, racun cap dacing, gula tapung 1Malaysia, keropok sehingga menggunakan agensi lobi zionis haram untuk setakat berjumpa Presiden Amerika Syarikat (ini boleh dikatakan publisiti mahalan!) amat sinonim dengan UMNO BN. Lebih banyak isu remeh yang ditimbulkan, dan seterusnya dipatahkan oleh hujah oleh Kerajaan PR Negeri Selangor (sepertimana dakwaan anak pelakon lucah terkenal MCA berkaitan tanah TALAM), akan berbalik dan memalit diri mereka sendiri.

KEADILAN Selangor menasihatkan UMNO BN agar kurang menyerang tanpa hujah dan fakta. Kerana jika 'backfire' itu terlalu banyak, terlalu amatlah mudah bagi PR mengekalkan kuasa tanpa perlu berbuat apa-apa.

Kepada Noh Omar dan Mat Zin, boleh saja jika mahu mencari publisiti, tapi pilihlah agar ia bukan publisiti murahan yg bertaraf; tahap lelong! Jagalah status Menteri dan Bekas Menteri yang sepatutnya 'ada kelas'!

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone