SharpShooter Followers

Friday, September 21, 2012

Buddhi Hekayat bidas Datuk Rais Yatim isu dana industri kreatif RM320 juta



Sumber KeadilanDaily

Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.
 
“Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?

Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.
Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Pada Mac tahun ini, Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman mencetuskan idea, kreativiti dan inovasi melalui hasil karya mereka.

Buddhi Hekayat bidas Zed Zaidi

Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan kerajaan.
“Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ianya bukan isu pokok, isu pokoknya ialah perjuangan dapatkan keadilan & hak-hak golongan artis,” kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu Awan Nano ini.
“Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak persoalkan?,” katanya.
 
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/