PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membenarkan
permohonan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar kes pendakwaan
ke atasnya dirujuk ke Mahkamah Tinggi.
Ini ekoran bantahan yang
dibuat oleh beliau melalui peguamnya berikutan tindakan Pendakwaraya
yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia
yang juga membuat kesalahan yang sama.
Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong.
Perbicaraan
sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat
laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah
Mohamad Sabu.
Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan.
Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad.
Peguam
Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung
perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah
Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam
kes ini.
Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa.
Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa.
Hanipa
memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah
Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di
bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman.
Ekoran itu, Hakim
Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan
untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Maknanya kes Mat Sabu digantung untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.
Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan.
Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
12 hours ago