Bajet 'Minta Nyawa' 2013 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain mengenai peruntukan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) berjumlah RM500 juta untuk membina 50,000 rumah dengan harga jualan RM100 ribu hingga RM 400 ribu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban, Johor Bharu dan Kuantan.
Ini bermakna, kos pembinaan adalah RM10,000 bagi seunit rumah.
Projek ini diselia oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Sebenarnya kedua-dua pihak ini bukan pun membina rumah tersebut. Mereka hanya menyelia bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang juga dikuasai oleh Najib.
Amalan tender secara tertutup yang lazim diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pusat sudah tentu bakal menyaksikan projek-projek perumahan ini berlegar dalam kalangan kroni.
Sesungguhnya Allah melarang amalan kronisme dalam al-Quran dengan menyebut, "...supaya hartanah tidak berlegar dalam kalangan (kroni-kroni) kaya..."
Kalau kroni-kroni berwajib berkenaan mempunyai kebolehan serta keupayaan profesional, mereka sendiri akan membina dan menjual rumah-rumah ini.
Kalau tidak, semua projek ini akan di"alibaba" kepada sub-kontraktor yang hakikatnya tidak diketahui status profesionalisme dan kelayakan mereka ini untuk membina kediaman rakyat.
Dengan erti laras lain, kontraktor yang layak dalam kalangan Melayu, Cina, India, Sarawakian, Sabahan dan bangsa-bangsa lain sekaligus jadi tidak layak sebab mereka bukan atau tiada kroni daripada kalangan Umno BN.
Yang pasti, semua rumah yang berharga RM10,000 seunit ini akan dijual dengan harga antara RM 100 ribu hingga RM 400 ribu oleh kroni-kroni Umno BN sebagaimana yang diakui oleh Najib semasa membentangkan Bajet 'Minta Nyawa' 2013 petang semalam.
Najib dan kroni Umno BN kaut untung 10 hingga 40 kali ganda dengan berniaga rumah dengan rakyat termiskin di tanah air ini.
Setuju?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan AS$63.9
Juta Di MIHAS, Dubai
-
*KUANTAN: *Pahang mencatatkan kejayaan luar biasa melalui penyertaan di
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai, baru-baru ini dengan
jumlah...
10 hours ago