Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman berkata,
pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk
menyelamatkan Musa Aman.
Laporan itu dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur petang tadi.
Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman dalam laporannya berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan lesen pembalakan Sabah sehingga mampu membawa pulangan lumayan.
Beliau turut melaporkan, skandal ini turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila enggan mendedahkan individu yang menjadi penyumbang dana terbabit.
“Jingga 13 juga mendapati bahawa Najib selaku Presiden Umno dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM40 juta tersebut.
Wang haram
“Selaku Menteri Kewangan, Najib sepatutnya cukup prihatin bahawa tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik daripada sumber wang haram tersebut adalah merupakan satu jenayah.
“Tindakan Najib yang enggan mendedahkan siapakah penyumbang kepada wang haram sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah ini jelas membuktikan keterlibatan beliau di dalam skandal tersebut bersama-sama dengan Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan juga hartawan balak Micheal Chia. Malahan Umno Sabah turut sama mempertahankan tindakan jenayah tersebut .
“Jingga 13 mendapati bahawa telah wujud kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib yang turut sama bersekongkol dengan Musa, Micheal Chia dan Umno Sabah dalam aktiviti penyeludupan sejumlah wang haram yang cukup besar .
“Justeru itu kami meminta agar satu siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Jenayah Komersial dan menyiasat isu tersebut tanpa prejudis dan pilih kasih agar tindakan undang-undang dan pendakwaan dapat dikenakan ke atas para penjenayah tersebut,” katanya dalam laporan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen rasuah dapat dibuktikan.
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen Khamis minggu lalu.
Nazri juga berkata, berdasarkan keputusan kertas siasatan SPRM, badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.
Malah menurut Nazri, permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama.
Michael Chia ditahan pada 14 Ogos 2008 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong apabila wang berjumlah RM40 juta (dalam matawang Singapura) ditemui dalam bagasinya ketika mahu menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
kalerColor · 649 weeks ago
Walau tiada sesen pun bhgian mreka dri duit 40 juta tu, namun mereka rela utk diperkaldaikan oleh pemimpin2
mreka yg korup tu!
Ni lah jasa UMNO yg telah brjaya memandulkan minda bangsa sendiri!
Mereka dh tak kenal antara yg Haq & yg Bathil! Yg benar & yg salah! Yg halal & yg haram!
Maka itu dimana ada kecendrungan UMNO maka disitu lah juga ada kebodohan!
Seludup duit 40 juta,UMNO buat akn jdi halal! tak bodoh?
Kalau nak bgi UMNO nape nk sludup? bodohkan tu?
Tak reti2 duit banyak tu guna pemindahan bank ke bank? bodoh sangat2!
Eh UMNO Sabah takde akaun bank ke? bodoh bangang la pulaakkk!
Benda sludup tu yng terima & yng memberi pun tak salah? bodoh bengong sungguh!
40 juta pergh!! banyak tuuuu, apa mereka yg mengaku Umat Melayu Naif Otak nya tak nak
minta bhgian masing2 ke?? bodoh bin banggang tu weii!
Bukan kerja tu pengkhianatan kpd negara? bodoh sunggoh Umat Melayu Naif Otak nya yg jdi kroni BeEnd!
Umat Melayu Naif Otak nya, kluarlah dri kepompong Be End! Bebaskan diri anda dri tahyul "hanya Be End
sja yg boleh memerintah Malysia" Ni lah fatwa paling hina utk digunapakai oleh rakuat marhaen!
Nyahkan Umat Melayu Naif Otak nya pd PRU ke 13 nanti! Kuborkan Be End dri muka bumi Malaysia ini.
Menangkan PR & pilih la ABU Asal Bukan Umno @ Umat Melayu Naif Otak nya.