Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam
isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot
Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz.
Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak
terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang
sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.
Bercakap dalam Dewan
Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta
itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar
undang-undang, seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).
"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya separuh berseloroh.
"Asalnya
ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup
terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak
lindungi apa lagi?
"Yang kedua, kita mesti faham, Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat
kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."
Beliau
mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri
Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang
mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan
undang-undang.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
2 hours ago