Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, pembayaran pertama Skim Pelajar Emas Tahun 2012 akan bermula pada 22hb Oktober 2012 - 9hb November 2012, pada hari bekerja sahaja. Salinan Garis Panduan Skim Pelajar Emas dan salinan borang B dilampirkan untuk rujukan semua pihak.
3. Untuk makluman semua, terdapat sedikit perubahan atas garis panduan tersebut seperti di bawah:
Perkara 2.1.1
Sebarang pembetulan secara manual (amendments) TIDAK DIBENARKAN dan penerima (ibu pelajar) dikehendaki untuk menyerahkan baucar tersebut kepada Pusat Khidmat KADUN atau Pejabat Daerah masing-masing bagi mendapatkan baucar yang baru.
Selepas perbincangan yang diadakan bersama YB - YB, telah ditetapkan bahawa pihak YB boleh membuat pembetulan pada nama atau no k/p yang salah dengan mengeluarkan baucar baru (tulis dengan tangan). Pejabat Daerah akan menyediakan baucar kosong dengan cop 'pindaan' dan pihak YB dipohon untuk mengambil baucar tersebut pada Hari Isnin di Pejabat Daerah masing-masing. Pihak YB perlu merekodkan semua perubahan yang dilakukan dan serah balik ke Pejabat Daerah untuk dikemaskini dalam sistem.
4. Dengan ini, saya merayu kepada semua YB / Pegawai Penyelaras KADUN / Pembantu Khas / Pegawai Seranta memberi kerjasama bagi melancarkan lagi proses pembayaran ini.
5. Kerjasama YB/Tuan-tuan/Puan-puan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih
.
Sekian.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
3 hours ago