SharpShooter Followers


Sunday, June 28, 2009

Pandangan Warga Melayu Singapura-malaysiakini

Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada anak buah saya di Teluk Kumbar, P.Pinang semoga berbahagia dan kekal jodoh hingga ke akhir hayat. Adik ke lima dah kahwin cuma abang dan kakak no 4 (Siti) belum bertemu jodoh lagi. InsyaAllah semoga bertemu jodoh hendaknya. Majlis perkahwinan berlangsung pada 28 Jun 2009.

Adik beradik saya dari Singapura datang seramai 21 orang. Mereka memang rapit dgn saudara mara di Penang.

Cuma saya nak berkongsi pendapat orang Singapura tentang politik di Malaysia. Baru-baru ini L
im Kuan Yew datang ke Malaysia dan mereka berkata anehnya kenapa Lim Kuan Yew bertemu dengan YB Tuan Guru Nik Aziz. Klik di<sini>. Sebenarnya kata mereka ini menandakan bahawa Pakatan Rakyat adalah Kerajaan Baru Malaysia untuk akan datang dan bukan BN lagi. Bagi mereka Lim Kuan Yew adalah seorang yang dapat menghidu dan meramalkan politik masa depan Malaysia. Sebab itu beliau bertemu dgn Tuan Guru Nik Aziz. Mudah-mudahan apa yang diramal menjadi kenyataan.

Kalau bab rasuah di Singapura nak dibanding dgn Malaysia terlalu jauh bezanya. Menurut Abang Hassan (gambar kanan) Rasuah di Singapura hampir sifar kerana undang2nya terlalu ketat. Kalau Polis umpamanya, jika polis terlibat dengan rasuah hukuman 2 kali ganda lebih berat sebab mereka tahu undang2 katanya. Sebab itu polis di Singapura tak berani makan rasuah lagipun gaji mereka tinggi nak dibanding dgn Polis Malaysia. Polis di Malaysia macamana??? Polis Di Raja Malaysia atau Polis Raja Di Malaysia.
bersambung...

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat