Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan ahli exco Datuk Husam Musa serta Datuk Anuar Tan Abdullah berjaya dalam saman fitnah mereka ke atas akhbar berbahasa Melayu, Mingguan Watan.
Sehubungan dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam juga memerintahkan mereka diberikan pampasan sebanyak RM470,000 setiap seorang.
Keputusan itu dibuat berikutan artikel yang diterbitkan oleh Mingguan Watan pada edisi 21- 27 Disember 2008 yang bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK' yang didakwa memfitnah ketiga-tiga pemimpin itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Husam berkata artikel itu mendakwa “Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.
“Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd,” petik artikel itu.
Dalam saman itu, wartawan M Goenawan Mohamed, ketua pengarangnya Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, penasihat sidang pengarang Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, dan penerbit akhbar itu Naluri Teratai Sdn. Bhd, serta pengedarnya Tristan Media Distributors dinamakan sebagai defenden.
Menurut Husam (kiri), berikutan penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah telah menghantar surat dan memberi notis untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.
Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 telah menyiarkan bahawa pihaknya tidak perlu memohon maaf.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
34 minutes ago