SharpShooter Followers


Friday, August 12, 2011

Yb Ong Chin Wen bersahur bersama penduduk flat Bayu Mutiara

Alhamdulillah.... selesai solat Maghrib, Isyak dan Terawikh serta Witir, penduduk flat Bayu Mutiara bergotong royong menyediakan jamuan untuk bersahur.

Kaum muslimat tidak ketinggalan turut bergotong royong menyediakan jamuan untuk sahur.


Jam 4.00 pagi, YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah tiba di dewan flat Bayu Mutiara, penduduk mengadakan bacaan doa selamat sebelum bersahur, YB Ong turut bersama dalam majlis tersebut, cumanya beliau berdoa caranyalah agaknya...

Yb Ong Chin Wen turut diberi peluang berucap sepatah dua kata..antara ucapannya... "walau pun saya bukan seorang yang beragama Islam, tetapi saya percaya bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang suci dan mulia...dari segi kesihatan, saya yakin puasa adalah baik untuk kesihatan....saya ucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa...."

Yb Ong Chin Wen sejak belum menjadi Wakil Rakyat, beliau akan turut serta dalam program Jejak Fakir sejak dari tahun 2004. Menariknya beliau turut berpuasa bersama kami dan beliau hanya akan makan ketika kami semua berbuka puasa selepas seharian menjelajah ke seluruh negeri Pulau Pinang. Itulah YB Ong Chin Wen yang sharpshooter kenal ketika melantiknya menjadi ajk AMK Negeri Pulau Pinang.

YB Ong Chin Wen turut memberi sumbangan peralatan memasak kepada penduduk flat Bayu Mutiara. Wanita yang berbaju kuning itu adalah Shafiqah Shobha, Pengerusi Persatuan Penduduk flat Bayu Mutiara.


Penduduk menikmati kuadah bersahur bersama Yb Ong Chin Wen.

Ketua Pemuda PAS Batu Kawan, Mohd Sofi turut hadir bersahur bersama YB Ong Chin wen.

Berbaju Melayu putih - Abang Ahmad Husin, Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan turut hadir bersahur.

Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan semoga bertemu malam lailatulqadar...amin...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/