PILIHAN RAYA Kampus (PRK) Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula
hari ini menyaksikan kemunculan "kuasa baru" bagi menyaingi Aspirasi
Umno dan Pro-Mahasiswa (ProM).
Menggunakan logo Cap Ayam, mereka menggelarkan diri sebagai "Kualiti
Bukan Sekadar Nama" dengan meletakkan empat calon di kerusi umum dan
empat lagi di peringkat pusat pengajian.
"Mandat mahasiswa terbanyak mampu menjadikan kami 'kuasa baru' yang
sederhana dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sungguhpun beberapa
pukal mempunyai persepsi yang kurang betul kononnya kami (Cap Ayam)
adalah calon bebas mewakili 'kuasa ketiga'," ujar jurucakap Norazrizal
Aswad di perkarangan Pusat Penamaan Calon, USM.
Selain Aswad, calon umum lain seperti Kew Si Cheng, Ng Ming Yip dan Saw Jia Ying turut hadir pada sidang media tersebut.
Hadir bersama, calon-calon bagi kerusi Pusat Pengajian seperti, Hanafi
Qasim Ahmad (Institut Pasca Siswazah), Muhammad Hazizi Padzil (Sekolah
Kemanusiaan), Benjamin Tan (Pengurusan) dan Ramli Salleh (Ilmu
Pengurusan).
Dalam perkembangan yang sama, Aswad mempersoal insiden lima calon ProM
mengaku sukar untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk menjadi
calon daripada pihak berwajib.
"Sungguhpun kami ("Kualiti Bukan Sekadar Nama") dan ProM mempunyai faham
politik yang berbeza, bagi kami, layanan yang menimpa Mereka (jika
benar) adalah suatu yang tidak menjunjung imej Universiti.
"Sama ada perbuatan yang tidak menjunjung imej universiti itu termasuk
dalam perancangan Task Force 2020 (kendalian) Umno BN atau tidak,
biarlah Naib Canselor, Datuk Prof. Omar Osman yang bijaksana siasat dan
jelaskan kepada kita (mahasiswa)," ujar beliau.
Sementara itu, Mohd Hafizan Marzuki - salah seorang jurucakap Cap Ayam -
mengumumkan untuk menarik beberapa calon di peringkat Pusat Pengajian
menerusi laman sosial Twitter beliau.
"Ksama 1 lwn 1 lwn aspirasi di peringkat pusat pengajian. Kami telah
menarik diri bagi pusat pengajivan fizik, kimia, biologi, matematik
#capAyam"
(https://twitter.com/matpijan/status/248978237370298368)
Aspirasi bertanding di semua 45 kerusi peringkat umum dan Pusat Pengajian.
ProM sah bertanding di 16 kerusi dan masih berusaha untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk tiga calon lagi.
Tempoh berkempen adalah bermula pada petang ini sehingga tengah malam Isnin depan.
Manakala, mahasiswa dijadualkan mengundang undi pada Selasa
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh
Akhir Piala Malaysia
-
*KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan
hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahi...
3 hours ago