Kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.
"Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bubar Parlimen dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh
Akhir Piala Malaysia
-
*KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan
hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahi...
3 hours ago