SharpShooter Followers

Sunday, September 09, 2012

Jom sertai Perarakan Konvoi Ralyat (PKR) pada Hari Malaysia 16 Sept 2012



Buat julung kalinya gabungan Pasukan Keadilan Pulau Pinang, Jingga 13, AMK P.Pinang, Srikandi P.Pinang, Wanita Keadilan P.Pinang, Pertubuhan Wanita Mithali P.Pinang (Watami), Pertubuhan Wanita Prihatin P.Pinang, SAMM, Lang-gar, Unit Ehsan P.Pinang, Unit Kawalan Parlimen (UKP Permatang Pauh) , Kelab Perpaduan Rakyat dan JIM akan mengadakan Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) secara besar-besaran sempena Hari Malaysia yang berjaya diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim hingga memaksa kerajaan b-end akur dan isytihar 16 Sept sebagai cuti umum Hari Malaysia.

Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) sempena hari Malaysia pada 16 Sept 2012 akan bermula di Stadium Batu Kawan, Penang pada jam 9 pagi.

Perarakan Konvoi Rakyat ini akan melalui jalan utama sekitar Pulau Pinang dan dijangka berakhir jam 1.00pm di Speaker Corner Padang Kota. Bendera dan makanan disediakan oleh pihak penganjur.

Jika anda berminat untuk turut serta, sila berhubung Pasukan Keadilan P.Pinang Sdr Lim Chee Leong 017- 247 2755 atau Koordinator Jingga 13 P.Pinang Sdr Amizudin Sharpshooter 016-469 5343 /016 - 484 8376 untuk pendaftaran kenderaan.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/