SharpShooter Followers

Thursday, November 21, 2013

Isu Rosmah guna wang rakyat Jet peribadi -Jingga 13 desak SPRM dakwa Muhyiddin

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

21 November 2013

Lulus Guna Jet Peribadi Untuk Rosmah : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Telah Melakukan Kesalahan Rasuah Salah Guna Kuasa

Penjelasan Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Azalina Othman bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Datin Seri Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia dan sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

Jingga13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan.


Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone