SharpShooter Followers

Wednesday, November 20, 2013

Jingga 13 gesa Astro batal naik bayaran perkhidmatan



Kelulusan kerajaan kepada stesen televisyen berbayar Astro untuk menaikkan kadar bayaran perkhidmatannya, menunjukkan kurang prihatinnya terhadap kenaikan kos sara hidup, kata NGO Jingga 13.

Setiausahanya, DK Vicknesvaran berkata, kenaikan itu dibuat ketika rakyat sudahpun dibebani kesan pengurangan atau penghapusan subsidi petrol dan gula, serta cadangan menghadkan 12 tahun jangka hayat kereta di jalan raya.

astro satellite dishSehubungan itu, Jingga 13 menyeru Astro supaya membatalkan
kenaikan yuran perkhidmatannya itu.

Menurut Vicknesvaran lagi, pihaknya mahu Astro dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, yang meluluskan kenaikan itu, supaya memahami penderitaan rakyat.

Astro telah memaklumkan kepada para pelanggan bahawa ia akan mengenakan tambahan RM2 untuk Pek Keluarga dan RM6 untuk Pek Sukan.

Mulai 24 November, Pek Keluarga akan dijual pada harga RM39.95 dan Pek Sukan pada harga RM82.95.

Menurut Vicknesvaran, Astro memperolehi berbilion ringgit keuntungan daripada pelanggannya, dan oleh itu, tidak ada alasan baginya untuk menaikkan kadar bayaran perkhidmatannya.

Beliau berkata kualiti siaran Astro masih tidak bertambah baik, kerana siarannya terganggu semasa ribut petir. Pada masa yang sama, tambahnya, program sentiasa diulang tayang.

NONEBagi menyokong gesaannya itu, Jingga 13 telah melancarkan kempen
kesedaran awam dengan mengedarkan risalah di KL Sentral, yang menggesa orang ramai supaya memboikot Astro.

Ia merancang untuk menghasilkan video selama satu minit yang akan disiarkan melalui Youtube, Facebook, Twitter dan blog, bagi mendedahkan masalah yang dihadapi oleh para pengguna.

Menurut Vicknesvaran lagi, jika Astro meneruskan jika kenaikan tersebut, pihaknya akan ke ibupejabat stesen televisyen itu di Bukit Jalil untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Beliau juga mencadangkan supaya lesen untuk siaran televisyen satelit turut dibuka kepada pembekal lain bagi memecah monopoli Astro dan bagi menurunkan harga.

Menjawab kritikan awal bulan ini, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan mempertahankan kenaikan bayaran itu atas alasan kos yang tinggi untuk siaran acara sukan global.

Beliau dilaporkan memberitahu The Star bahawa kos penyiaran Liga Perdana Barclays telah meningkat sebanyak 2,000 peratus sejak 1997.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/