Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
1 Disember 2009
AMK mendesak kerajaan membuka kurikulum BTN untuk dikaji semula
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkenaan dengan keputusan kabinet minggu lalu untuk merombak kurikulum BTN adalah akibat daripada desakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Secara langsung, Mohamed Nazri juga mengakui bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya tumpu kepada satu kaum sahaja dan bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Najib.
Yang mengecewakan adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang masih terperangkap dengan “syndrome of denial”. Beliau hanya menolak semata-mata segala kritikan terhadap BTN khasnya yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Tindakan tersebut seolah-olah melindungi BTN dan bersetuju untuk terus menjalankan kursus yang berunsur doktrinasi propaganda UMNO serta elemen perkauman yang sempit.
Sebenarnya, masalah BTN hanya merupakan tip of iceberg daripada sistem perkauman atau lebih dikenali sebagai institutional racism yang diwujudkan oleh Barisan Nasional sejak dulu.
Masih terdapat diskriminasi di antara kaum yang telah lama wujud akibat daripada layanan yang tidak adil di kalangan rakyat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus BTN merupakan salah satu puncanya yang memperkukuhkan persepsi negatif tersebut.
AMK amat kesal dengan pemimpin Barisan Nasional yang masih mempertahankan masalah BTN. Mereka sepatutnya insaf terhadap kesan-kesan buruk yang telah dihasil oleh BTN. Banyak kesan buruk tersebut telah diutarakan oleh bekas-bekas peserta BTN di dalam media internet seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendengar kepada pandangan orang ramai dan bukannya menuding jari kepada Pakatan Rakyat atau Lim Kit Siang.
AMK menyeru Jabatan Perdanan Menteri untuk membukan kurikulum BTN untuk dikaji semula oleh orang awam. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak menyembunyi kurikulum BTN dan tidak takut dibuka kepada orang ramai, mengapakah sampai hari ini orang awam masih tidak pernah lihat atau baca sebarang buku teks, nota atau modul BTN?
Oleh itu, AMK percaya bahawa hanya melalui perbincangan di kalangan orang awam, satu kurikulum yang bertepatan dengan prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi serta kepelbagaian kaum boleh dihasil. Jikalau BTN hanya semata-mata berasaskan konsep “Satu Malaysia”, maka isi kandungannya masih serba kurang dan tidak berupaya mempertingkatkan kesedaran sivik di kalangan orang awam.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
2 hours ago