SharpShooter Followers

Thursday, December 10, 2009

Pakatan Rakyat satu lambang menjelang PRU 13


Segala masalah dalaman parti jangan sesekali dibangkitkan dan didedahkan kepada media khususnya yang dimiliki rejim BN dan kita seharusnya berusaha menutup segala ruang yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

Demikian respon Ahli Parlimen (MP) Kepong, Dr. Tan Seng Giaw sebagai mengulas fokus penting yang perlu ditekankan oleh pimpinan PR pada Konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) 19 Disember ini.

Seng Giaw berkata, media yang dimiliki rejim BN akan mencari apa jua ruang dan masalah dalam PR untuk dijadikan subjek berita walhal perkara kecil sehinggalah kedudukan PR sedikit terjejas kesan mainan persepsi tersebut.

Menurutnya, sudah menjadi kelaziman media rejim Umno/BN untuk membesar-besarkan cerita dan berita dalaman PR seterusnya digambarkan sebagai krisis walhal perkara itu hanyalah kecil.

“Kadang-kadang sesuatu perbezaan pendapat yang wujud bagi sesetengah pemimpin dalam PR sebenarnya baik kerana kita tidak menutup ruang perbincangan malah mengamalkan semangat demokrasi di mana setiap parti komponen mempunyai ruang untuk bersuara.

Namun, media BN tetap memanipulasinya sebagai pergesaran atau pergaduhan besar sehinggakan rakyat boleh terpengaruh dan ini tidak baik untuk imej PR,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Beliau menambah, perkara lain yang juga mesti menjadi fokus pengisian dalam konvensyen itu ialah perlunya pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat menunjukan integriti yang tinggi kerana rakyat akan terus menilai bagaimana kita mentadbir sebelum diberi peluang memerintah Malaysia selepas ini.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen itu kelak akan mengishtiharkan perkara-perkara dasar yang menjadi pegangan bersama setiap komponen PR selain berusaha untuk mendaftarkan gabungan itu di bawah satu lambang.

Menurutnya, walaupun PR akan ada lambang bersama dan digunakan buat pertama kalinya pada pilihan raya umum akan datang namun, setiap parti komponen akan mengekalkan lambang parti masing-masing kerana ia ada nilai bagi sesetengah segmen dalam masyarakat.

Berkaitan manifesto, beliau memberitahu, sudah pastinya PR akan menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat terutamanya dari segi ekonomi dan kebajikan memandangkan di bawah pemerintahan rejim BN pengurusan ekonomi negara gagal diuruskan dengan baik dan indeks rasuah kian parah memburukkan lagi keadaan itu,” katanya.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, selepas permbentangan kertas kerja oleh setiap pimpinan PR pada konvensyen itu, hadirin akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan sebelum satu resolusi diputuskan sebagai persiapan menjelang PRU 13.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/