SharpShooter Followers

Wednesday, December 30, 2009

Polis serah semula siasatan enjin hilang F-5E

Polis telah hantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kita hantar semula selepas ia siap dan dikemaskini. Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai perkara itu.

Musa berkata, tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah Tentera Udara Diraja Malaysia ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Minggu lalu, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai "perkara serius", dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/