SharpShooter Followers

Tuesday, December 08, 2009

Pengalaman ngeri seumur hidup.....

Musim cuti sekolah adakalanya merupakan pengalaman paling ngeri buat budak lelaki Islam. Apa tidaknya..bila ibu bapa menyuruh berkhatan atau bersunat atau masuk jawi kata orang tua-tua dulu.

PKR Taman Ilmu, buat julung kalinya menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai. YB Tan Tee Beng selaku Ahli Parlimen Nibong Tebal dan YB Ustaz Maktar Adun Sg Bakap turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan perarakan kompang bagi memeriahkan majlis.


Sesi bergambar buat kali terakhir sebelum berkhatan bersama YB Tan Tee Beng dan Rizal Hamid selaku Pengarah Program Berkhatan.


Seronoknya mandi hujan air paip bomba....biaq budak-budak seronok dulu sebelum dikenakan hukuman pancung sampai putus...he..he...

Alahai...jenuh dok pujuk....belum buat apa lagi dah meraung....

Yang ni pun belum bersunat lagi ke...he..he...

Cara moden ni nampak seksa sikit....cara tradisional nampak lagi ok ....duduk atas batang pisang...Tok Mudim jampi....lepas tu kena pancung...Tok Mudim jampi darah pun tak turun banyak...

Ahh...Legaaa....siksa aku dah habis...........


YB Ustaz Maktar turut hadir serta memberi sumbangan wang saguhati kepada budak-budak yang berkhatan..

Pemeriksaan Kesihatan secara percuma turut diadakan pada hari yang sama.......


Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan di mana kulit pada hujung zakar @ penis dibuang.

Di Malaysia selalunya dilakukan atas sebab agama, di mana agama Islam menyuruhan kanak-kanak Islam dikhatankan sebelum mereka akhil baligh. Namun begitu sekarang ini terdapat juga mereka yang bukan Islam juga berkhatan atas sebab kebersihan & kesihatan.

Kebaikan berkhatan :

  1. Bersih – zakar yang telah dikhatan lebih mudah dicuci dan dijaga kebersihannya.

  2. Mengelakkan jangkitan kuman pada sistem urinari (kencing). Mereka yang tidak berkhatan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada sistem urinari sebanyak 10 kali ganda berbanding mereka yang berkhatan.

  3. Menurunkan risiko mendapat kanser penis.

  4. Menghindar dari Phimosis. Phimosis adalah keadaan dimana pembukaan pada hujung kulit penis itu terlalu kecil sehingga menyusahkan untuk kencing. Kadang-kala keadaan ini akan mengakibatkan jangkitan kuman dan inflamasi pada penis.

  5. Mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan seks. Mengutamakan seks yang selamat adalah sangat penting. Namun begitu risiko mendapat jangkitan seks di kalangan mereka yang berkhatan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berkhatan.

  6. Mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV.


Risiko berkhatan :

  1. Kesakitan : semasa pembedahan, kebiasaannya bius akan diberikan secara suntikan pada pangkal zakar. Ini akan menyebabkan kesakitan. Semasa pembedahan kebiasaannya tidak merasakan kesakitan. Selepas pembedahan akan merasakan kesakitan sehingga lebih kurang 8 jam.

  2. Risiko pembedahan : risiko seperti perdarahan dan jangkitan kuman boleh terjadi walaupun keadaan ini jarang berlaku.

Penjagaan selepas berkhatan :

  1. Jangan bergerak terlalu banyak.

  2. Jangan basahkan pembalut yang membalut penis @ zakar.

  3. Adalah kebiasaan sekiranya terdapat perdarahan yang sedikit pada hujung zakar. Sekiranya perdarahan sehingga darah menitik-nitik bawalah berjumpa doktor semula.

  4. Kebiasaannya selepas lima hari luka khatan akan kering dan boleh kembali melakukan aktiviti seperti biasa.

  5. Pantang – dari segi perubatan tiada pantang dari sebarang makanan. Namun begitu sekiranya tidak mahu memakan makanan laut dan sebagainya, itu terpulang kepada anda sendiri.


Ditulis oleh :

Dr Ramli Tahir,

Doktor Perubatan Umum,



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/