Thursday, June 30, 2011
Terkini..Polis apco fru kepong markaz PAS Pongsu Serubu
Jangan perkosa undang-undang..adakah Malaysia negara polis apco?
Lagi kamu ugut lagi rakyat bangkit lawan..lawan tetap lawan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Jom pekena Kopi BERSIH
Kini di Penang Kopi BERSIH pula dijual.. Eloklah diminum oleh polis apco dan umporno baru boleh BERSIH hati..
Gila..gila..takut dengan warna kuning..demam kuning namanya...sampai skuad bolasepak negara semalam pun tak pakai baju kuning..sepatutnya jadi tuan rumah pakai baju kuning kalau lawan ditempat lawan baru pakai baju biru..tapi bila najimah demam kuning maka terpaksalah pakai baju biru..
ini gila babi namanya..babi pun tak gila macam tu..hahahaha..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Ceramah BERSIH malam ini di Pulau Pinang diteruskan di tempat lain..
Di Pulau Pinang sepatutnya 2 ceramah serentak malam ini Tapak Expo Seberang Jaya dan Tapak Pesta Sg Nibong dibatalkan setelah polis dapat perintah mahkamah.
Ketika sharpshooter mengambil gambar ini, tiba-tiba 2 anggota polis datang, katanya kereta tidak dibenarkan masuk ke sini, tetapi yang lucunya dia kata..jangan marah kami, kami hanya jalankan tugas..sharpshooter kata awat dah jadi gila sampai macam ini..depa jawab..nak buat camna..orang atas dah gila..hahaha..
Sharpshooter minta segala keputusan di mahkamah tentang ceramah dan juga arahan hishamuddin auuw tentang pengharaman baju kuning BERSIH dicabar di mahkamah.
Sehubungan dengan itu CERAMAH BERSIH OLEH TUAN HJ MOHD SABU DAN LIM GUAN ENG dan YB ONG CHIN WEN yang sepatutnya HARI INI (30 Jun 2011) DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA TELAH DIUBAH KE MARKAS PAS PONGSU 1000. HARAP MAKLUM...TOLONG SEBARKAN....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Risalah palsu BERSIH
Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Dilaporkan bahawa risalah kuning itu dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini [MerdekaReview].
Kalau dilihat, rakyat sudah sedia maklum bahawa perhimpunan aman BERSIH 2.0 akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Namun demi untuk mengharamkan suara rakyat, ada pihak dilihat cuba memburukkan imej BERSIH 2.0.
Siapakah dalang di sebalik penyebaran risalah palsu ini? Mudah sahaja untuk disiasat, tentu sekali golongan yang tidak mahu perhimpunan aman BERSIH 2.0 diteruskan.
ReJaM© "Risalah palsu ke, risalah tulen, apa sajalah, 9 Julai turun tetap turun!" - MiloSuam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, June 29, 2011
Umporno perkuda polis apco hingga guna mahkamah halang ceramah di P. Pinang
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.
"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.
"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.
Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayub berkata, 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan reman sehingga 2 Julai ini kerana mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara, berkemungkinan dibenarkan berjumpa anggota keluarga masing-masing esok.
Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai layanan buruk polis terhadap 30 aktivis itu semasa dalam tahanan.
"Kita memberi perhatian berat terhadap kesihatan dan kebajikan tahanan-tahanan ini. Malah, tiga daripada mereka dibawa ke hospital semalam untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu selesema dan batuk," katanya.
Kumpulan berkenaan ditahan di plaza tol Sungai Dua di sini pada 25 Jun lalu ketika sedang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, June 28, 2011
Umporno tabur fitnah lagi..
Tanah Masjid Tengah di Lot 205, Sek. 15 Georgetown, Daerah Timur Laut telah didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ( MAINPP) pada 5 Januari 1993. Sehingga kini, tanah wakaf tersebut tetap milik MAINPP.Justeru, pihak tertentu diingatkan agar tidak menjadikan fitnah dan tohmahan sebagai makanan rohani. Kelak mereka akan dipertanggungjawab di depan Allah yang Maha Esa.
Berhubung penutupan jalan belakang ke Masjid Tengah, yang dibantah oleh penduduk baru-baru ini, MAINPP melalui Bahagian Wakaf telah mengadakan siasatan dan lawatan tapak pada 27 Jun 2011.
Siasatan mendapati, sememangnya terdapat kerja-kerja pembinaan struktur separuh konkrit dan berbumbung di atas Lot 206, Sek. 15 Georgetown, Daerah Timur Laut yang dimiliki oleh orang perseorangan (bersebelahan tanah MAINPP).
Malah, pemilik tanah juga didapati menutup laluan belakang ke masjid dengan binaan zink. Tindakan ini telah menyusahkan masyarakat Islam yang menggunakan laluan ke masjid sejak sekian lama. Saya difahamkan, penduduk telah merobohkan halangan binaan zink tersebut.
Saya mahupun Exco Kerajaan Tempatan, MPPP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) dan MAINPP tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan masalah ini, dan menafikan sekeras-sekerasnya tuduhan kononnya saya telah mengabaikan aduan daripada penduduk selama ini. Saya hanya mengetahui masalah tersebut melalui media pada hari Ahad 26 Jun 2011.
Pihak-pihak berkenaan juga telah menuduh MPPP, mungkin terbabit dalam rasuah kerana meluluskan pembinaan bangunan yang sedang dijalankan.
Hakikatnya, premis yang masih dalam pembinaan tersebut dibina tanpa kebenaran MPPP.
Ekoran itu, pada 11 Mei 2011, MPPP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 72(1) Akta Parit dan Bangunan (AJPB) 1974, supaya menghenti dan merobohkan binaan tersebut.
Bahkan, pada 24 Jun 2011, notis-notis AJPB telah disempurnakan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan terhadap pihak yang berkenaan.
Sebagai Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas YB Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab ke atas MPPP, telah melahirkan kekesalannya berhubung tuduhan itu dalam kenyataan medianya pada 28 Jun 2011.
Sebagai kerajaan berjiwa rakyat dan adil untuk semua, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan kepada mana-mana pihak.
Saya difahamkan pada 27 Jun 2011, YB Chow Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota telah mengadakan lawatan dan pertemuan dengan pentadbiran Masjid Tengah dan pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Demi rakyat, saya yakin masalah yang timbul boleh diselesaikan secara fakta dan berhemah, tanpa perlu melontarkan fitnah kepada mana-mana pihak yang kini sedang menular di kalangan masyarakat dan didokong oleh media tertentu - YB Hj Malik Kassim Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Hampir 50 juta najimah dan mat sembab joli duit rakyat
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja setahun hampir 50juta"
Inilah contoh terbaik agaknya "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. "
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Unggun BERSIH
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..
Nukilan - A Samad Said
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Nukilan khas BERSIH
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku
Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..
Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..
Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..
Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..
Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!
Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?
Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!
Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!
Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..
Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!
Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!
Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...
Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...
Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..
kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!
Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!
Sudikah kalian bersamaku?
nukilan khas - budakbalun
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, June 27, 2011
Awas 9 Julai..
Awas buat penyokong KUNING BERSIH..anda akan bertembung dengan kumpulan yang tidak suka BERSIH maknanya mereka suka KOTOR, mereka adalah PENGOTOR MERAH PA*TUROT...
Jangan lupa nantikan kemunculan aksi sarkas memukau mereka pada 9 Julai...
Sementara itu Utusan Meloya mendakwa bahawa minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih 2.0.
"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO," lapor Utusan Meloya.
"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian,"
Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.
Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.
"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.
"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara,"
Siapa yang nak buat huru hara? Bukankah perkasa dan PEKGOTOR? Isu agama adalah talian hayat umporno sebab itu mereka menuduh BERSIH ditaja oleh puak kristian dengan harapan untuk jadikan Malaysia negara kristian. Bab negara kristian ini rasanya kita sudah hurai panjang lebar sebelum ini.
AYUH.. jom turun ke KUNING BERSIH.. persetankan MERAH PENGOTOR.. Tak sabar nak tunggu 9 Julai..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, June 26, 2011
Pakai dan jual baju BERSIH ditangkap, blog sokong BERSIH juga akan ditangkap?
Gila...dah memang gila...umporno dan polis apco dah gila...meroyan meraban tandanya akan dikapankan...Pakai baju KUNING BERSIH kena tangkap....jual baju KUNING BERSIH kena tangkap...Sebagai sokongan kepada BERSIH, sharpshooter tukar warna blog kepada KUNING BERSIH....sharpshooter menyeru kepada semua blogger yang menyokong BERSIH tolak KOTOR, KUNINGKAN blog dan laman web anda tanda sokongan...
Kelmarin di Kepala Batas 31 rakyat ditahan kerana memakai baju KUNING BERSIH. Hari ini mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis apco umporno.
Semalam mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.
Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.
Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.
Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.
Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.
Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.
Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.
Ya kami memang menghasut rakyat untuk gulingkan kerajaan umporno b-end, memang itu kerja pembangkang sama seperti pembangkang umporno di Pulau Pinang yang berdemo untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Anwar juga turut memakai warna baju KUNING sebagai tanda sokongan kepada BERSIH. Hanya KOTOR, PENGOTOR dan MENGOTORKAN akan tolak BERSIH.
Ek eh..mana pula hilangnya perut boroi Anwar seperti dalam video umporno? Anwar sapu krim apa dan pakai ubat apa untuk cepat hilangkan perut boroi..hahahahaha...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
umporno cabul undang2
Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan 'ngeri' pemerintah di Putrajaya. KEADILAN Selangor mushkil, apakah taraf demokrasi di negara ini yang sudah pun satu anak tangga dibawah kedudukan Myanmar mahu di pecah rekodkan dalam 'Malaysian Book of Record, hingga ke taraf Mesir era Hosni Mubarak?
Kes pertama; penjualan baju kuning Bersih 2.0 seolah-olah ia dadah larangan setaraf heroin dan kokain!. Seorang pemuda yang berniga baju ini di ceramah JELAS 2- Tawan Malaysia! anjuran Pakatan Rakyat Sepang dihalang menjualnya, malah ditahan dan disoal siasat. Semua penceramah di cari dan di siasat kerana di dakwa menpromosikan Bersih 2.0 yang dikatakan 'haram' diadakan.
Kes kedua; penangkapan beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda PAS sehari dua ini hanya kerana berpakaian baju T berwarna kuning Bersih 2.0 di Shah Alam dan Klang merupakan satu penghinaan yang maha besar oleh institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Kedaulatan Undang Undang dalam Rukun Negara. Bahkan penghinaan tanpa selindung kepada Perlembagaan Negara!
Ajaibnya ratusan laporan polis oleh pelbagai pihak keatas video cakera padat karya Dato T disepikan begitu sahaja tanpa apa apa tangkapan selain penayangnya. Amat memalukan negara, 'kepala wayang gambar' ini hanya dikenakan hukuman minima berbanding seorang pemandu bas yang dikenakan penjara tiga tahun. Dunia sedang melihat keadilan 'ala Malaysia'.
Kedua dua tindakan itu, samada trio Dato T mahupun pemandu bas adalah salah, namum hukumannya sangat jelas memperlihatkan perbezaan 'antara dua darjat'. Rakyat bertanya, kemana rasa malu rakyat Malaysia hendak di sorok dengan keputusan ini?
Kes ketiga; penahanan 7 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Johor, 31 orang lagi di Pulau Pinang kerana mengedar risalah berkaitan Bersih 2.0, memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0 dan berhasrat berceramah menerangkan tentang hak serta kebebasan rakyat di kira sudah sama tarafnya dengan gerakan komunis zaman 40an.
Pelek pada rakyat, mereka yang berbaju lengkap di tangkap, manakala yang berbaju sendat dan separuh bogel bebas berjalan kemana mana tanpa seorangpun ulamak UMNO menegur perbuatan itu!
Mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan 'gurkha Nepal zaman penjajah' kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat?
Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu. Pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan UMNO BN.
KEADILAN Selangor ingin melihat PDRM maju kehadapan dalam soal membela dan melindungi rakyat. Mana mungkin di zaman globalisasi moden ini apabila cahaya demokrasi sudah mampu terpancar di negara negara yang dahulunya di kuasai oleh individu yang gila kuasa seperti Hosni Mubarak di Mesir dan Zainal Ebidin Ben Ali di Tunisia, rakyat di Malaysia berasakan sedang dimalapkan dalam kegelapan demokrasi akibat tindakan PDRM! - semestinya atas arahan sang penguasa di Putrajaya.
Khayalak teramai rakyat kini tidak lagi dapat menerima peraturan baru 'pengharaman' pemakaian baju T Bersih 2.0! Apakah ini satu jenaka yang cuba di sogok oleh PDRM kepada rakyat? Ingin ditekankan bahawa pencabulan ini mesti di tentang dan dihentikan! Hanya negara kuku besi sahaja yang memaksakan 'peraturan gila' seperti ini!
KEADILAN Selangor juga ingin bertanya mana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam pencabulan ini? Usah dibiarkan hak asasi rakyat 'di pijak hancur sampai lumat' oleh mereka yang berkepentingan! Sewajarnya pihak SUHAKAM melakukan sesuatu jika tidak mahu di lihat bersekongkol.
KEADILAN Selangor menyarankan agar Biro Antarabangsa Parti membawa perkara ini ke pengetahuan mesyarakat antarabangsa sesegera mungkin jika SUHAKAM gagal bertindak.
Kesemua kes yang berlaku menampakkan bahawa 'peraturan' dikuatkuasakan mengikut kehendak UMNO / BN demi kepentingan politik mereka. Alasan 'mengikut arahan' bukan 'undang undang' yang mesti dipatuhi. KEADILAN Selangor akan terus menyokong perhimpuan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobilisasi 70,000 anggota KEADILAN Selangor ke himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar.
Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat!
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, June 25, 2011
30 rakyat ditahan di IPD Kepala Batas hanya kerana memakai baju BERSIH
Saudara Chung Khai adalah di antara yang ditahan di IPD Kepala Batas, sehingga berita ini ditulis mereka belum lagi diambil sebarang kenyataan.
Mereka sengaja ditahan polis apco umporno untuk melumpuhkan kempen mereka yang sepatutnya berceramah di Sg Ara malam ini.
Polis apco umporno kini dilanda wabak demam KUNING, mereka terlalu fobia dengan warna KUNING, adakah polis apco umporno mahu menghina warna KUNING warna Raja Raja Melayu?
Tenyata hanya orang yang KOTOR dan MENGOTORKAN sahaja yang tidak mahu BERSIH..ayuh kita BERSIHKAN mereka yang KOTOR pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
Pemuda umporno kononnya juga akan turun pada hari yang sama sebagai "berok jalanan sumpahan khairy" dengan memakai baju merah..
Kuning merah...merah kuning..jangan marah nanti pening..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, June 24, 2011
Demo boikot utusan meloya
Utusan telah menghina Islam dalam kartun yang mereka terbitkan.
Mat Sofi Ketua Pemuda PAS Batu Kawan kawan baik Rosli Abu Nawas turut hadir berdemo tetapi beliau tidak berucap.
Demo tersebut sekitar 5 minit sahaja kemudian polis arah bersurai maka PAS pun bersurailah..baik benor PAS nie..
Demo yang sama juga turut diadakan di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya di Pulau Pinang.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Mengapa Trio Dato T mudah mengaku salah...
Sudah pasti ramai tertanya-tanya mengapa ketiga-tiga trio Dato' T ini begitu mudah mengaku salah di atas tuduhan tersebut. Mengapa mereka tidak mengaku salah dan biar ianya dibicarakan di mahkamah.
Eskay hanya didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000
Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.
Tuduhan yang dibaca berbunyi “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Mengapa mereka mudah mengaku salah? sifirnya mudah sebab mereka tahu Anwar bukan pelaku dalam video tersebut. Video ini adalah fitnah semata-mata. Eskay sendiri mengaku dia kata saya tidak pernah menuduh Anwar berzina selepas bersumpah di Masjid bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut. Buktinya seperti video di bawah ini.Bab jam omega pun dah kantoi..dulu gah kononnya jam omega Anwar pemberian hadiah khas Raja Arab Saudi tetapi akhirnya polis mengesahkan jam omega Eskay "made ini Taiwan"...
Kalau nak fitnah pun biarlah pro sikit, sampai "anu" pun tidak bersunat apa ke jadah...dah lah tu perut pun buncit...inilah umporno..bertambah parah video tersebut disebar ke rumah-rumah, mak bapak bila balik tiba-tiba terkejut sebab tengok anak-anak kecil mereka sedang menonton video lucah.... memang sial umporno...
Nak tahu siapa Eskay? layari di sini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Alahai Melayu umporno
Cuba tengok video di atas...ceciter..ceciter..atau kite bakor jer...kite bakor jer...
Alahai Melayu umporno....mengapa asyik meroyan dan meraban....Melayu mana yang perlu bersatu nie...bukankah lagu umporno bermula dengan "Bersatu kita Bersatu.."
Adakah melayu umporno bersatu? dalam umporno sendiri pun tak bersatu macamana nak ajak orang lain bersatu?
Bilakah masalah Melayu Kelantan akan selesai soal isu royalti minyak? Bukankah Kelantan diperintah oleh orang Melayu? mengapa dinafikan hak royalti mereka? Selesaikan dulu masalah ini....
Bilakah masalah Melayu Memali yang dibunuh beramai-ramai akan selesai? Bukankah yang terbunuh itu semuanya Melayu termasuk Ustaz Ibrahim Libya? Mengapa Melayu bunuh Melayu? Selesaikan dulu masalah ini....
Ke manakah hilangnya RM 52 billion saham bumiputra? Bukankah saham bumiputra itu saham hak orang Melayu? Mengapa isu ini belum terjawab? Selesaikan dulu masalah ini...
Ke manakah hilangnya 1.3 hektar tanah rizab Melayu? Siapa yang curi? Bukankah Melayu yan perintah selama ini? Mengapa pemimpin Melayu curi tanah rizab Melayu? Selesaikan masalah ini dulu....
Mengapa umporno terus meroyan dan meraban bila Mat Sabu menang? Mengapa Mat Sabu diserang oleh umporno? Bukankah Mat Sabu itu Melayu?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, June 23, 2011
Antara dua darjat Dato T dan Baju T
Betapa istimewanya darjat Dato T, mereka boleh tayang dan menonton filem lucah secara berjamaah. Tidak cukup dengan itu, mereka bersumpah pakai baju kalis peluru siap diiringi oleh polis apco. Maklumlah.... berani bersumpah tetapi takut mati...sumpah sumpit garam belacan..jin afrit macam setan...
Apa tidaknya selepas bersumpah bagai nak rak pada 29 April 2011 dengan menuduh Anwar adalah pelaku dalam video tersebut tiba-tiba selepas bersumpah eskay kata pula pada 4 Mei 2011 "saya tidak pernah menuduh Anwar berzina..." itu pun puak umporno apco boleh percaya sungguh-sungguh pada dato T...
Tak percaya tengok video dibawah sebagai bukti...nak buat video pun bagilah pro sikit...ini perut boroi dan lebih teruk si pelakun punya anu pun tak bersunat...
Di bawah ini pula adalah nasib Baju T BERSIH, Zali Gombak penjual baju T berwarna kuning BERSIH ditangkap oleh polis apco. Apa nak jadi dengan negara 1 Malaysia ini? Undang-undang mana yang sebut tidak boleh menjual baju T berwarna kuning?
Di bawah ini pula nasib baju T berwarna hitam tertulis "SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA? " baju T ini menjadi mimpi buruk polis apco ketika hari penamaan calon pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Chegubard Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama anak buahnya mahu ditangkap hanya kerana memakai baju T tersebut.
Undang-undang mana pula tertulis baju T "Siapa Arah Bunuh Altantuya?" tidak boleh pakai? nampak sangat najimah dan polis apco hilang akal.
Nasib baju T di bawah ini pula macamana pula akan nasibnya? Hei..Pak Menteri...mana mau lari haaaaa...."
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
umporno apco sms ugut bunuh penganjur BERSIH
Kita tidak pernah takut dan halang, hangpa nak buat himpunan 1 juta ke 10 juta beliak ka buatlah.. siap ada live lagi dalam tv...hangpa buatlah... tetapi yang malangnya duit cukai rakyat 37 juta dah hangus hanya untuk program dua hari. Cuba bayangkan duit 37 juta itu berapa buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin dapat dibina ataupun cuba bayangkan berapa juta pelajar dapat diberi biasiswa dan bukan beban pinjaman PTPTN.
BERSIH memang amat ditakuti oleh KOTOR dan umporno apco memang bacul bila sangat terdesak sanggup menggunakan "sms piang" untuk ugut bunuh atau rogol.
Nurul Izzah pernah menerima ugutan sms tentang keselamatan anaknya, Siti Aishah Ketua Srikandi pula diugut akan dirogol melalui FB nya, terbaru YB Shuhaimi Adun Sri Muda pula menerima ugutan sms yang kita percaya dari umporno apco.
Inilah no +601119732179 yang menyebarkan sms ugutan kepada YB Shuhaimi Adun Sri Muda.
Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengklah nanti.
Mungkin juga sms ini dari spesis perkasam..ibrahim katak dah lantik dirinya sebagai jeneral perang anti BERSIH maknanya KOTOR lah tu...
Apa nak jadi pun jadilah kata ibrahim katak... rakyat sudah tahu ikut ibrahim katak akhirnya akan MATI KATAK.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, June 22, 2011
Drama bersiri KOTOR "tiga abdul samdol"
Ini kerana jelas Ibrahim, gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang, The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.
Katanya, beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Kit Siang.
"Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan. Saya ibaratkan dia seperti 'lembu tua' (liat), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.
"Pasal Khairy ini, kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider. Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini. Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang, dia pun sama.
"Tapi soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO? Mana pemuda MCA, MIC dan Gerakan? " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Ibrahim kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya, selari dengan gesaan Kit Siang.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi 'arahan' supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini
Sharpshooter - media digambarkan seolah-olah ibrahim alkataki, khairy dan hishammuddin bergaduh. khairy berlagak seperti menteri dalam negeri bila arah polis siasat ibrahim alkataki manakala hiishammuddin auww pula beri amaran kepada khairy jangan berdemo.
Amat malanglah rakyat Malaysia yang percaya bahawa mereka bertiga sedang bergadoh kerana sebenarnya "tiga abdul samdol" ini sedang berlakon dalam drama bersiri KOTOR.
Jangan terpesona dengan drama KOTOR, ayuh kita turun ramai-ramai untuk BERSIH kan mereka semua..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, June 21, 2011
Guan Eng turun padang ke Dun Bukit Tengah esok
Esok akan diadakan Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Bumbung Flat Taman Bukit Minyak
Disempurnakan oleh : YAB Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Tarikh : 22 jun 2011 (rabu)
Jam : 11.30 pagi
Tempat: Perkarangan Flat Taman Bukit Minyak
Semua dijemput hadir..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
BERSIH tetap diteruskan - Keadilan Selangor
demi rakyat Malaysia.
Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.
Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini.
Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, 'hendak seribu daya' wajar di dalami mereka dari 'seribu daleh' yang mengesah 'cop mphor' SPR adalah antara 'alat kawalan' pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.
KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.
KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.
Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.
Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?
KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?
Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!
KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.
Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari 'drama minggu ini' yang diarahkan oleh 'Director PERKASA', Ibrahim Ali.
Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan 'turun taraf' oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya 'ada suara' menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin 'kecut perut' dengan kebangkitan rakyat kali ini.
KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai.
Segala macam ugutan dan tafsiran 'zaman batu' oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.
PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!
PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /Adun Sri Muda
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, June 20, 2011
Zul katak bohong
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
"Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
"Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah," katanya.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
"Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
"Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau," kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
"Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
"Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu," kata Muhammad Nur
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Surat Guan Eng kepada Menteri Kesihatan mohon batal kontrak..
YB Dato Sri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia
Ibu Pejabat KKM Blok E1, E6, E7 & E10
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Yang Berhormat Dato' Sri,
MEMBATALKAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN OLEH FABER MEDI-SERVE SDN BHD UNTUK SEMUA HOSPITAL DI PULAU PINANG DEMI MENJAMIN KESELAMATAN AWAM
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' Sri kepada perkara di atas.
2. Kerajaan Negeri ingin meluahkan rasa kesal terhadap Faber Medi-Serve Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan kepada 72 buah hospital kerajaan di seluruh Negara.
3. Kegagalan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam tempoh masa setahun ini di Hospital Besar Pulau Pinang adalah seperti berikut :
i) bumbung runtuh di wad bersalin yang telah mencederakan orang awam
ii) pembiakan nyamuk aedes di persekitaran hospital
iii) alat pemadam api yang gagal berfungsi
iv) "manhole" yang tidak bertutup dalam lorong koridor awam yang telah mencederakan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang selepas beliau terjatuh ke dalamnya
Kejadian sedih yang mencederakan orang awam memang memalukan dan mengancam keselamatan awam.
4. Berdasarkan kepada kecuaian dan kegagalan syarikat tersebut, Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat untuk menamatkan kontrak perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat tersebut di Pulau Pinang dan melantik menerusi sistem tender terbuka seorang kontraktor yang lebih berwibawa dalam tugasan tersebut demi menjamin kesejahteraan rakyatnya.
5. Kerajaan Negeri amat prihatin akan keselamatan warga Pulau Pinang yang mengunjungi Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pun boleh tercedera atas kecuaian pihak kontraktor yang tidak menutup "manhole" dalam lorong koridor orang awam, kualiti perkhidmatan syarikat tersebut memang buruk sekali sehingga mengancam keselamatan awam.
6. Janganlah pihak Kementerian bertindak hanya apabila berlaku kematian.
Oleh yang demikian, diharap pihak Yang Berhormat Dato' Sri dapat mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri agar kontrak yang diberikan kepada syarikat tersebut dapat dibatalkan segera.
7. Pertimbangan Yang Berhormat Dato' Sri amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang ikhlas,
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, June 19, 2011
Ya.. memang BERSIH untuk gulingkan kerajaan.
Mat sembab juga berkata, pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ya..memanglah hasrat pembangkang mahu gulingkan kerajaan. Ya.. Memanglah pembangkang mahu hasut rakyat dan kuburkan umno b-end.
Tidak ada salahnya sebab memang itulah tugas pembangkang mahu gulingkan kerajaan seperti juga pembangkang umporno di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, mereka pun nak gulingkan kerajaan dan terbukti Perak pembangkang umporno berjaya gulingkan.
Kenapa takut sangat dengan BERSIH..hangpa buat himpunan belia sejuta siapa pun tak kacau..mengapa bila kita nak buat BERSIH hangpa meracau.
Ayuh jgn lupa 9 Julai 2011, kita turun beramai-ramai.. pastikan kita menjadi salah seorang yang mencipta sejarah negara..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, June 18, 2011
MB Selangor prihatin serah RM483,800 kepada 84 keluarga setinggan.
Penduduk Kampung Kok Doh, yang tinggal di atas tanah milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang terletak di sebelah Kampung Bukit Botak telah menerima saguhati berjumlah keseluruhan RM483,800 dari Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.
Saguhati pemindahan tersebut bukan sahaja melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM500 seorang tetapi juga tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawi Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar.
Dari 84 keluarga, 63 telah layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500.
Seramai 20 keluarga yang layak membeli rumah kos rendah RPKR di Selayang Mulia yang bernilai RM42,000 telah diberi subsidi RM7,000 untuk pembelian rumah. Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memliki rumah RPKR.
Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang,
Dalam ucapannya sempena majlis penyampaian cek itu, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada masalah setinggan dan peneroka bandar.
"Dahulu, penduduk dipujuk menyerahkan hak tanah mereka kepada syarikat pembinaan yang telah gagal untuk membina rumah dan membayar pampasan seperti yang dijanjikan. Bila kita jadi kerajaan pada Mac 2008 kita dapati sudah 20 tahun mereka menunggu. Dalam masa 2 tahun kita dapat merancang penyelesaian yang menyeluruh. Sekarang rumah sedang dibina oleh PKNS dan akan siap mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata kerajaan Negeri komited dalam memastikan nasib peneroka bandar terbela di mana perancangan pembinaan projek perumahan dibuat dengan rapi agar mereka mendapat hasil yang baik.
"Dahulu yang dijanjikan rumah kos rendah RM45,000. Untuk penambahbaikan, kita arahkan PKNS membuat perancangan membuat rumah semi-D dengan harga RM99,000. Jika tidak mahu, PKNS bersedia membeli rumah pada harga RM170,000.
Oleh itu pemilik tanah tidak rugi apa-apa kerana keuntungan mereka terjamin. Di kawasan ini, ada yang sanggup membeli rumah Semi D pada harga RM220,000. Jadi tiada siapa yang rugi," katanya.
Beliau berkata projek ini adalah bukti hasil kesungguhan dan komitmen Kerajaan Selangor menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai sejak 25 tahun lalu yang gagal diselesaikan oleh pihak pentadbiran terdahulu.
Kerajaan Negeri pada mulanya menghadapi kesukaran untuk membantu membaik pulih projek terbengkalai ini kerana hak milik terhadap lot-lot tanah telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang terdahulu.
Menteri Besar kemudian mengambil keputusan mengarahkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk Bukit Botak.
Sehingga kini projek ini berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus, dan dijangka siap menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
YB Fuziah dan YB Gan Pei Ni gagal pertahan kerusi
Acara ini berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Sri Wang, Sg Petani sempena Hari Ibu Bapa "Kasih disemai cinta dibajai"
Turut hadir YB Johari Abdul MP Sg Petani dan bekas Senator ir Zamri.
Malam ini program ceramah umum di dewan ini dibarisi oleh YB Fuziah Salleh, YB Gan Pei Ni, YB Lydia Ong (DAP) Adun Berapit Penang, Puan Jamaliah Omar Ketua Muslimat PAS Sg Petani dan Puan Nurin Aina Ketua Wanita PKR Sg Petani.
Mai jangan tak mai..war warkan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Jangan buat tuduhan membabi buta setelah "dirogol dan diliwat" 198 kali dalam gelap
aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut beliau serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.
Bernama juga melaporkan Rais sebagai berkata tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.
Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.
"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam.
Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks.
Pada sidang media itu, Rais juga mengakui bahawa sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.
Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.
Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.
Sharpshooter - alahai pak menteri.. Berapa kali nak kata kita bersiap sedia daaa.. Siap sedia apa? Siap sedia untuk dirogol dan diliwat sekali lagi secara bergilir gilir oleh penggodamkah?
Bila ada laporan mengatakan pak menteri rogol amah.. pak menteri berang dan terus saman tukang lapor.. Janganlah pula buat tuduhan sedangkan penggodam yang telah merogol dan meliwat bergilir-gilir sebanyak 198 kali pun pak menteri tak tahu siapa sebab dirogol dan diliwat dalam gelap.
Persoalan utama yang perlu pak menteri jawab adalah mengapa begitu mudah dirogol dan diliwat sedangkan berjuta wang rakyat sudah dihabiskan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Apa kesudahan drama khairy vs hishamudin auw
Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.
Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.
“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.
Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.
Menyalahi undang-undang
“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.
Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.
“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”
Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.
Sesiapa sekali pun
“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.
“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.
"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
Sharpshooter - Apa agaknya kesudahan drama khairy vs hishamudin auw.. Adakah pemuda umporno akan terus berdemo?
Adakah mereka akan jadi berok jalanan seperti kata siapa ya pada tahun 2007? mmmm...cuba tengok video di bawah ini...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pastikan anda sebahagian dari sejarah Negara ini...
8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
BlackBerry users rejoice! The #MaxisPlayBook is here to add on to ur internet experience, exclusively with Maxis
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, June 17, 2011
Umporno guna Agong tangguh pemilihan Khariah Masjid
Oleh yang demikian pemilihan yang dijadualkan pada 18 & 19 Jun 2011 iaitu esok dan lusa ditangguhkan.
Kenyataan rasmi akan dibuat setelah Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengadakan mesyuaratnya
Sharpshooter - Mengapa umporno takut sangat dengan pemilihan Khariah Masjid. Takut kalah ke?
Sepatutnya umporno lebih takut dengan anak-anak bawah umur yang telah menonton video lucah edaran umporno ke rumah-rumah demi kepentingan politik.
Ibu ayah bekerja tiba-tiba balik rumah tengok anak-anak yang kecil sedang menonton video lucah edaran umporno. Itulah yang umporno mahu.
Kini tiada lagi umno yang ada hanyalah umporno. Bab harga barang naik ke..masalah sosial ke..masalah letrik naik ke..tol naik ke..petrol naik ke..ada umporno kesah? umporno hanya kesah video lucah.
3 tahun Pakatan Rakyat P.Pinang bersabar tentang sikap sesetengah Pengerusi Khariah umporno yang tidak benarkan YB Hj Malik selaku Exco Hal Ehwal Agama buat program di masjid. Nampak sangat umporno masih tidak percaya mereka kalah dan jadi pembangkang di Pulau Pinang.
Alahai umporno..sedarlah kamu tu dah kalah..buatlah cara kalah..terimalah hakikat kekalahan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kak Zu kembali ke Rahmatullah..
Jenazahnya masih di PPUM. Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali...
Semua kakitgn HQ Parti merasa kehilangannya...Semoga Allah tempatkannya bersama orang-orang beriman..amin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, June 16, 2011
Pemilihan Khariah akan diteruskan..umporno layak jadi imam video lucah jer..
Justeru, kita tidak akan menghalang sekiranya ada mana-mana pihak yang akan mencabar keputusan ini di mahkamah.
Silakan, tindakan tersebut akan dianggap cuba berkonfrantasi dengan kerajaan negeri.
Pihak-pihak yang tidak dapat menerima perubahan ke arah yang lebih baik, yang pro rakyat dan menguntungkan umat Islam pastinya tidak akan menerima perubahan ini.
Apabila MAINPP memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid, pihak-pihak tertentu, khususnya umporno dan NGO yang sealiran dengannya cuba mengeksploitasi isu ini.
Malah mereka cuba mengheret Yang DiPertuan Agong dalam isu ini, dengan harapan supaya orang Melayu semakin marah dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pada hal tatacara pemilihan ini sahaja yang berubah, jika dahulu dengan cara mengangkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihanraya. Jika dulu dibuat pelantikan tanpa mengambil kira pandangan anak-anak khariah, sekarang kita minta anak-anak khariah mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAINPP untuk diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.
Jelas, umporno mempolitikkan isu ini dengan menfitnah DAP, kononnya parti itu campurtangan dalam urusan pentadbiran Islam negeri ini.
Saya tegaskan, ini adalah keputusan MAINPP tanpa ada walau sekelumitnya pun campurtangan oleh pemimpin DAP.
Tidak cukup dengan itu, umporno mengugut dengan mendakwa pemilihan jawatankuasa masjid akan memecah belahkan umat Islam.
Saya yakin seramai 4485 orang yang telah menawarkan diri untuk mengisi 4530 jawatan di 151 daripada 200 buah masjid di 6 daerah di Pulau Pinang bertujuan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri mengimarahkan masjid.
Sebanyak 151 buah masjid akan mengadakan mesyuarat Agong, manakala 34 buah lagi yang mengadakan kompromi di kalangan anak-anak kariah tidak akan mengadakan pemilihan secara mesyuarat agong. Sebanyak 59 jawatan utama tidak akan dipertandingkan.
Manakala sebanyak 8 buah masjid tidak menghantar borang pencalonan.
Jelas daripada statistik tersebut terbukti bahawa anak-anak kariah telah bersedia untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik. Yang enggan berubah hanyalah umporno.
Memang umporno, khususnya pertubuhan Perkasam anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud. Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat oleh selain daripada umporno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru.
Kita tentu masih ingat ketika kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin umporno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.
Namun, tidak berapa lama kemudian kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.
Sebenarnya umporno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan b-end
Pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin umporno bukan anak kariah. Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk mengimarahkan masjid.
InsyaAllah selepas ini kita boleh lihat perbezaan masjid di negeri yang ditabdir oleh umporno dan Pakatan Rakyat dari segi pengimarahannya
umporno layak jadi imam video lucah jer sebab tengok video lucah pun secara jamaah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pak Menteri tewas dirogol penggodam...
Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. Juga diserang tetapi tidak berjaya.
Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.
Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
- SabahTourism.com
- ASEAN connect
- Bomba
- Perbendaharaan Malaysia
- Parlimen Malaysia
- JobsMalaysia
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
- Majlis Sukan Negara
Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen. “Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia.
Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi. Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain.
Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan. Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.
Sharpshooter - Baru sahaja terbit artikal Anonymous vs Rais siapa MENANG? pagi ini Rais dah tewas dirogol penggodam.
Siapa penggodam bukan persoalan pertama tetapi mengapa web kerajaan begitu mudah diserang setelah berjuta wang rakyat dihabiskan?
Apakah ini satu lagi cara untuk habiskan wang rakyat? Dahulu Anwar pernah dituduh menumbuk matanya sendiri hingga lebam... jangan salahkan rakyat jika ada rakyat yang menuduh ini keje pak menteri rogol dan godam diri sendiri....lepas tu boleh buat projek lagi...Face Book saja RM 1.8 juta beb....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/