SharpShooter Followers

Wednesday, June 08, 2011

Najimah guna wang rakyat untuk merisik anak....

Perbuatan Najimah menggunakan wang rakyat untuk tujuan merisik perkahwinan anak perempuannya ketika rombongan lawatan ke Kazakhstan dianggap sebagai kelakuan yang hodoh dan buruk.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan wang rakyat bagi tujuan peribadi adalah sangat salah dari segi moral. Ini bukan pertama kali Najimah membazirkan wang rakyat untuk urusan peribadi dan keluarga.

“Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

“Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,” katanya sambil mengingatkan sejarah Islam tentang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak pernah menggunakan harta rakyat, walaupun hanya sebatang lilin.

Anak perempuan Najimah, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menurut Dzulkefly, sekiranya Najimah dan isterinya, Rosmah Mansur benar-benar bertanggungjawab, mereka perlu menyusun jadual cuti untuk urusan peribadi, bukan mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

“Hentikanlah, cukuplah tu..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan…bila kepimpinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk,” katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang ‘tidak ada kelas langsung’.

Katanya, tidak salah bagi Najimah merisik perkahwinan anaknya tetapi sepatutnya menggunakan wang sendiri dan tidak mengambil cuti rasmi bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta Najimah supaya menjelaskan perkara itu kerana ia melibatkan dana awam.

“Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najimah nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

“Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.,” kata beliau seperti dilapor Harakahdaily

Sharpshooter - Inilah satu contoh terbaik rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan..hahaha...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/