Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti.
Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man.
"Perhimpunan orang Melayu di Pulau Pinang juga harus diadakan sebagai tanda mereka tidak terjerat dengan mainan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak sudah-sudah melemparkan padangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya ketika ditemui selepas berpidato di hadapan ribuan orang di padang awam, Pekan Penaga malam tadi.
Katanya, sebelum membuat persiapan perhimpunan tersebut, satu pertemuan dengan DAP akan diadakan bagi menerangkan hasrat murni berkenaan supaya kepimpinan DAP tidak salah sangka.
Mohamad yakin, DAP tidak semacam Umno yang berfikiran tidak matang dan jauh ketinggalan dari arus perkembangan politik yang sihat.
Kata beliau, perhimpunan aman itu juga bermatlamat memberikan penerangan sejelas-jelasnya mengenai beberapa perkara yang sengaja dicaturkan oleh Umno setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
Mereka, ujarnya nampak agresif memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bersembunyi atas nama perjuangan menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan segelitir kepimpinan Umno dan BN.
"Bila kalah dan rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan yang korup, maka ramailah yang keluar tunjuk perasaan tidak puas hati kononnya habislah negeri ini bila dapat pada DAP atau bangsa Cina," ujarnya.
Tambahnya, tanpa orang Melayu sedar bahawa sebelum ini pun Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, lainlah jika sebelum negeri ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ia diperintah oleh Umno.
Jelasnya, bagi PAS siapa pun yang memerintah patut bersikap adil dan tidak mencuri harta rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat diisytiharkan menang, maka DAP yang mempunyai lebihan kerusi akan memegang tampuk pemerintahan.
Ini, katanya berbeza dengan Umno yang menang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 tetapi memberikan hak ketua menteri kepada Gerakan.
"Umno dayus dan hanya sanggup melemparkan kenyataan pedas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menghalang mereka meneruskan usaha mempergunakan hak kerajaan untuk kepentingan parti dan kroni," ujarnya
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone