KUALA LUMPUR 13 Jun - Hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak.
Buktinya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berani menyanggah tindak-tanduk pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam, dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, turut menerima nasib sama ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib yang lantang mempertahan kepimpinan ulama-sesuatu yang tidak disenangi oleh DAP dan Anwar.
"Nampaknya setelah Pas dicengkam golongan 'Anwarinas', parti itu sudah tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP. Pas kini akur kepada kehendak DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menyingkir Hasan dan Harun.
"Penyingkiran dua pemimpin lantang ini juga membuktikan bahawa DAP dan PKR secara tersusun telah berjaya menendang golongan ulama daripada parti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Di Selangor, Hasan merupakan satu-satunya Exco yang berani mempertahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun ia tidak disenangi pemimpin pembangkang lain.
Harun pula sentiasa konsisten mempertahankan kepimpinan ulama dan pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu memberi ingatan kepada pucuk pimpinan parti agar tidak tunduk kepada DAP dan PKR.
Sharpshooter - Hingga ke hari ini rupanya umporno masih meroyan dan meraban dengan kemenangan Mat Sabu.
Umporno sendiri tidak berani buat pemilihan dalam parti hingga terpaksa tunda tetapi mengapa sibuk pula dengan pemilihan PAS.
umporno sebenarnya sedang bergelut dengan masalah dalaman parti yang besar, najimah dan hishamudin auww cuba ditendang keluar oleh regu mat sembab dan zahud hamidi dengan menggunakan modus operandi yang sama seperti najimah menendang pak lelah.
Mat sembab mahukan pru13 dibuat awal tahun ini tetapi najimah tak setuju, untuk apa nak buat pilihanraya awal sedangkan tempoh berkuasa hingga 2013. Tetapi dalam masa yang sama najimah juga raplah dengan kes komesyen RM500 juta kapal selam yang sedang dibicara di mahkamah Perancis. Kes kapal selam kemuncaknya adalah kematian misteri ngeri Altantuya yang dibunuh dengan begitu kejam di Malaysia.
Umporno memang masih terkejut berok dengan kemenangan Mat Sabu. Mat Sabu pula selepas kemenangannya umum akan pastikan 300 ribu ahli PAS akan turun jalanraya dalam perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai maka bertambah terkejut berok makyeh umporno.
Pekasa pekasam.. kita semua dah tahu memang jadi pencacai angkat najis najimah... Sebab itu kebal cuba bayangkan jika NGO JIM berkata.. kita akan lancarkan Perang Salib..dah tentu masuk ISA..
Inilah petanda umporno semakin nazak..ayuh kita turun BERSIH 2 pada 9 Julai dan pastikan kita kuburkan umporno pada pru13.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone