SharpShooter Followers

Wednesday, June 22, 2011

Drama bersiri KOTOR "tiga abdul samdol"

Utusan Meloya - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyambut baik gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Ini kerana jelas Ibrahim, gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang, The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.

Katanya, beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Kit Siang.

"Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan. Saya ibaratkan dia seperti 'lembu tua' (liat), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.

"Pasal Khairy ini, kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider. Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini. Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang, dia pun sama.

"Tapi soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO? Mana pemuda MCA, MIC dan Gerakan? " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Ibrahim kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya, selari dengan gesaan Kit Siang.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi 'arahan' supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini

Sharpshooter - media digambarkan seolah-olah ibrahim alkataki, khairy dan hishammuddin bergaduh. khairy berlagak seperti menteri dalam negeri bila arah polis siasat ibrahim alkataki manakala hiishammuddin auww pula beri amaran kepada khairy jangan berdemo.

Amat malanglah rakyat Malaysia yang percaya bahawa mereka bertiga sedang bergadoh kerana sebenarnya "tiga abdul samdol" ini sedang berlakon dalam drama bersiri KOTOR.

Jangan terpesona dengan drama KOTOR, ayuh kita turun ramai-ramai untuk BERSIH kan mereka semua..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone