Kedua tentang sokongan penuh AMKPP terhadap pilihanraya Masjid & ketiga; cadangan penambahbaikan dari pihak kami.
Pertamanya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid. Tegas kami nyatakan di sini, inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Justeru kami menyeru agar umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyedari tindakan UMNO yang 'menggelupur' macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan. Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan 'klasik' selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.
Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif yang murni & yang pertama kali dijalankan di negara ini. Ini adalah kerana objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. Dan usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO yang menjadikan Masjid seperti milik mereka, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone