SharpShooter Followers

Thursday, June 16, 2011

Pak Menteri tewas dirogol penggodam...

Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. Juga diserang tetapi tidak berjaya. hacked sabah tourism

Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

  • SabahTourism.com
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan. tourmalaysia website hacked 160611“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks.

Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen. “Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia.

Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi. Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain.

Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan. Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

Sharpshooter - Baru sahaja terbit artikal Anonymous vs Rais siapa MENANG? pagi ini Rais dah tewas dirogol penggodam.

Siapa penggodam bukan persoalan pertama tetapi mengapa web kerajaan begitu mudah diserang setelah berjuta wang rakyat dihabiskan?


Apakah ini satu lagi cara untuk habiskan wang rakyat? Dahulu Anwar pernah dituduh menumbuk matanya sendiri hingga lebam... jangan salahkan rakyat jika ada rakyat yang menuduh ini keje pak menteri rogol dan godam diri sendiri....
lepas tu boleh buat projek lagi...Face Book saja RM 1.8 juta beb....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/