SharpShooter Followers

Friday, June 10, 2011

Tahun 2020..di mana Melayu..

Yayasan Bina Balik Pulau dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Sungai Pinang menganjurkan Wacana Intelek Melayu bertajuk ‘Tahun 2020, Di Mana Melayu?’ di Dewan SEAMEO, RECSAM, Gelugor, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 11 Jun ini.

Antara panelis yang dijemput ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammed Abdul Khalid dan Pengarah Sektor Politik Institut Integriti Malaysia, Anis Yusal Yusoff.

Perbincangan akan dikendalikan oleh perantara yang merupakan pensyarah Fakulti Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Mohamed Azim Ahmad Hassali.

Program dijadualkan bermula jam 8.30 malam. Orang ramai dijemput hadir.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/