Anonymous - ia adalah satu kumpulan 'persaudaraan' rahsia di seluruh dunia di antara 'penjahat' internet. Sangat sukar untuk mendapatkan temubual dengan mereka. Jika anda menawarkan kepada kumpulan-kumpulan revolusi peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai, lazimnya mereka akan kembali kepada anda dalam masa dua hingga tiga jam, tetapi Anonymous tidak seperti itu, dan mereka bukan berkumpulan.
Atau mungkin juga berkumpulan, itu pun, jika anda dapat membuat mereka berbicara. Kebiasaannya mereka tidak akan tampilkan diri, melainkan dengan berlindung disebalik suara robot ala tahun 1980-an.
Sudah ramai yang ingin tahu tentang Anonymous sejak akhir-akhir ini, dan untuk kepada wartawan yang bertanya, ramai yang bukan anonymous telah bercakap tentang mereka. Kekecohan terkini yang dibualkan ialah pada Jumaat lalu, apabila polis Sepanyol mengumumkan mereka akan memburu tiga anggota kumpulan (atau perikatan, atau apa saja yang anda ingin sebut), yang telah menimbulkan kemarahan Sepanyol kerana laman web rasmi kerajaan telah digodam untuk sementara waktu pada bulan Mac lalu.
Pada hari Isnin baru-baru ini juga diumumkan bahawa Polis Turki telah berjaya menangkap 32 suspek ahli anggota tersebut. Beberapa hari sebelum itu, Anonymous telah menggodam laman web Pihak Berkuasa Telekomunikasi Turki dan menutupnya. Dengan kata lain, jika anda pergi ke laman web telekomunikasi nasional pada hari tersebut untuk mencari punca mengapa telefon anda tidak berfungsi, sebaliknya anda juga dapati laman web tersebut tidak berfungsi, dan anda boleh mengamuk.
Dan kemudian pada hari Selasa berikutnya, anda dapat menbaca laporan dari rumah anda: 'Anonymous sedang menuju ke Federal Reserve (Simpanan Persekutuan). Malah kumpulan ini turut mencetuskan siri serangan yang menyebabkan raksasa multinasional Sony 'terduduk' pada bulan April lalu. Ini adalah serangan dahsyat kumpulan ini ke atas mangsa yang sangat besar.
Namun, jika anda memandang rendah kemampuan kumpulan untuk melakukan kerosakan kepada musuh kuatnya, anda mungkin tidak menyedari bahawa mereka sudah memberi pukulan kuat terhadap beberapa lawan yang cukup hebat - kita memulakan dengan, Sony, MasterCard, dan Iran.
Atau baru-baru ini kumpulan ini telah menggodam laman web HBGary, sebuah firma keselamatan internet. CEO firma ini telah diancam untuk 'mengeluarkan' ahli Anonymous, dengan diterbitkan 50,000 e-mail dalaman dan no keselamatan sosialnya. Ini telah memalukannya dan ia berundur dari syarikat.
Pada bulan Disember tahun lalu, kumpulan ini telah menyerang laman-laman web MasterCard dan PayPal, kerana mereka mengumumkan akan menyekat dana milik Wikileaks. Anonymous melakukan serangan kerana membantah tindakan 'sekatan' itu yang melanggar hak asasi.
Pada bulan April, selepas Sony PlayStation menimbulkan tentangan kepada sebuah kumpulan yang didakwa telah menemui cara menggunakan aplikasi pihak ketiga kepada konsol-konsol permainannya (yang membolehkan Playstation dimain menggunakan perisian cetak rompak), sekali lagi Anonymous melakukan serangan. Mereka menyerang dengan askar Internet yang membedil laman web syarikat tersebut dengan mengautomatikkan penerimaan maklumat sehingga laman web itu terkeluar daripada talian.
Kumpulan Anonymous juga mendakwa tanggungjawab kerana menerbitkan lebih daripada 10,000 emel yang dicuri dari sebuah laman web kerajaan Iran, dan ia juga dikatakan telah membantu rakyat di Tunisia untuk memintasi halangan-halangan dan sekatan dalam internet yang dibuat oleh kerajaan sehingga mereka berjaya melakukan revolusi.
Dan terbaru di Malaysia, selepas berita mengenai 10 laman web akan disekat oleh SKMM, kumpulan Anonymous telah mengumukan akan melancarkan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan Malaysia di
www.malaysia.gov.my pada 07:30 GMT pada Rabu (Khamis 03:30 waktu Malaysia) dan telah menamakannya
“Operation Malaysia".Menurut Rais Yatim
"Kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak berwajib dan kita sudah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya.
TETAPI berdasarkan rekod serangan hebat dan kemampuan kumpulan Anonymous ini, adakah Rais Yatim benar-benar MAMPU untuk menghalang serangan ini?. Sama-sama kita tunggu jam 3.30 pagi nanti.. Sumber di
sini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/