SharpShooter Followers

Wednesday, April 25, 2012

Hj Malik bela penduduk dan peniaga lawan Mat Sembab

Saya memandang berat aduan penduduk Batu Maung, yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengalami kesulitan kerana jalan masuk ke kediaman mereka akan ditutup selama beberapa hari, semata-mata untuk meraikan kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Batu Maung pada 26 April 2012.

Ia membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28 April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.

Bahkan, saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April hari Selasa.

Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam 11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas.

Hasil siasatan pihak saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri.

Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan di atas jalan raya.

Tindakan mereka jelas tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.

Lantaran itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan ini.

Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa menangung kerugian.

Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur tidak mengunakan Padang Taman  Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada di sekitaran.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone